Lain-lain Perniagaan

Loji Penebusgunaan Air

Terma “air sisa” tidak perlu dilupuskan sebagai bahan buangan, tetapi ia boleh diguna semula selepas dirawat. IWK boleh menghasikan 5,092 MLD bioefluen terawat (air sisa terawat), bersamaan dengan 2,000 kolam renang bersaiz Olimpik, sebelum ia dilepaskan ke perairan – suatu pembaziran memandangkan ia boleh diguna semula. Terdapat banyak potensi untuk penebusgunaan air tidak terhasil (NRW) dan penggunaan efluen terawat untuk penggunaan air harian oleh industri-industri dan perniagaan. Lebih-lebih lagi, penggunaan air adalah produk asas dalam hampir setiap langkah dalam proses pengilangan dan pengeluaran, sama ada digunakan untuk penghasilan, pemprosesan, mencuci, melarutkan, menyejukkan atau mengangkut produk. Dengan jumlah bioefluen terawat yang dihasilkan, industri boleh mendapatkan air efluen terawat untuk kegunaan industri dan ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada air mentah yang boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat (contoh: kegunaan manusia). Pada masa ini, kami bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk penggunaan efluen bagi tujuan lanskap, manakala di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2, sebanyak 10% daripada efluen terawat telah diguna semula.

 
 

Efluen Perniagaan

 

Pada masa ini, IWK memulakan langkah untuk merawat efluen perniagaan yang dilepaskan daripada industri makanan dan minuman (F&B) kepada beberapa loji rawatan kumbahan sebagai kajian projek rintis. Dengan pengunaan proses-proses biologi dan direkabentuk dengan fleksibel, loji-loji rawatan kumbahan di bawah operasi IWK mempunyai potensi untuk menerima dan merawat muatan tambahan daripada air sisa industri yang sesuai dengan ciri-ciri kumbahan domestik. Oleh itu, industri makanan dan minuman (F&B) dan industri yang menghasilkan sisa terbiodegradasi adalah dialu-alukan untuk menyertai projek ini. Efluen perniagaan ini akan memberi kebaikan kepada alam sekitar dengan mengurangkan sumber punca pencemran dan juga kepada industri, ia akan mengoptimakan kos operasi untuk loji rawatan air sisa industri di samping memberi focus kepada pengembangan perniagaan teras.

 

Perkhidmatan Kejuruteraan

IWK menyediakan perkhidmatan perundingan untuk kerja-kerja berkaitan dengan industri air dan air sisa daripada peringkat perancangan (pembangunan dan mengemaskini strategi tadahan pembetungan seluruh negara, strategi pengurusan enapcemar, perancangan projek pembetungan, pengurusan projek) sehingga peringkat operasi (pangkalan data asset pembetungan) kemudahan-kemudahan pembetungan. Kami mengalu-alukan kolaborasi atau usaha sama dengan universiti-universiti dan firma-firma perundingan dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan di atas. Kami juga menjalankan pengurusan dan pembangunan polisi pembetungan.

 
 

Perkhidmatan Alam Sekitar

 

IWK menyediakan laporan tahunan karbon “Green House Gases (GHG)”, kajian persampelan tanah seluruh negara, “Internal Environmental Auditing and Post EA Monitoring” sebagai sebahagian daripada syarikat perkhidmatan alam sekitar dan air yang mampan. Kini, kami menawarkannya untuk syarikat-syarikat yang inginkan perkhidmatan ini dan juga laporan EIA untuk pembetungan.

 

Kajian HAZOP

Mengenalpasti dan menguruskan risiko-risiko keselamatan dan kesihatan semasa peringkat perancangan dan rekabentuk adalah lebih efektif daripada membuat perubahan apabila bahaya menjadi risiko yang tidak mampan dan mahal untuk dicapai. Kajian Hazard and Operability (HAZOP) menjadi alat yang berkesan untuk mengurangkan risiko-risiko keselamatan dan kesihatan. IWK mempunyai penyelesaian yang menyeluruh dalam menangani risiko-risiko ini dengan menyediakan perkhidmatan perundingan HAZOP untuk industri pembetungan dan air. Kajian HAZOP IWK adalah alatan prosedur yang direkabentuk untuk mengenalpasti kekurangan, potensi bahaya, risiko-risiko dan isu-isu kebolehoperasian. Kajian ini dijalankan secara teratur dan tersusun, dengan senarai semak yang lengkap dan metodologi yang difokuskan. IWK juga menawarkan diskaun tambahan dan kadar kompetitif untuk pelanggan tetap dan juga yang terawal.

Ketahui Lebih Lanjut
 
 

Lemak, Minyak dan Gris

 

Lemak, minyak & gris (FOG) adalah bi-produk daripada aktiviti penyediaan makanan seperti sisa makanan, minyak masak dan lain-lain. FOG dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah sumbatan di paip pembetungan dan pencemaran air. Pengurusan FOG yang tidak baik akan menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan seterusnya menyebabkan kumbahan melimpah keluar ke tanah, bangunan, perairan dan sungai-sungai.

Paip-paip pembetungan sediada sering tersumbat akibat pembuangan sisa FOG yang tidak teratur. Apabila FOG terus memasuki saliran pembetungan, ianya akan menyelaputi permukaan dalaman paip tersebut. Lama-kelamaan, pengumpulan FOG ini akan menyekat aliran air sisa kumbahan di dalam paip pembetungan dan akan menyebabkan saliran pembetungan tersumbat sehingga boleh mengakibatkan limpahan kumbahan. IWK sering perlu mengeluarkan FOG terkumpul ini kerana ia merupakan masalah yang sering berlaku dalam masalah sumbatan paip pembetungan dan pencemaran air.

Dengan itu, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah mengembangkan perkhidmatannya yang baharu iaitu perkhidmatan pengosongan sistem perangkap FOG – untuk menangani masalah sumbatan yang sering berlaku di paip pembetungan. Pengembangan perkhidmatan ini oleh syarikat pembetungan nasional ini adalah untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya masalah pembuangan sisa haram FOG demi mengurangkan sumber pencemaran, memandangkan peningkatan yang ketara bagi kualiti sungai semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas.

 

IWK juga menyediakan perkhidmatan yang lengkap bagi pengosongan sistem perangkap FOG ini, dengan memastikan kesemua FOG dirawat mengikut piawaian alam sekitar. Ini bukan sahaja memberi nilai tambah untuk wang yang dibelanjakan untuk premis-premis perindustrian dan komersil, malah juga dalam memainkan peranan dalam pemuliharaan alam sekitar serta menuju ke arah masa depan yang lebih mampan

IWK memohon kerjasama daripada semua kedai-kedai makanan dan minuman, restoran, dan pusat membeli-belah agar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan pelupusan FOG. FOG terkumpul ini mempunyai potensi untuk ditukar menjadi biodiesel mesra alam yang boleh digunakan sebagai sumber alternatif bahan bakar, hasil daripada sumber-sumber diperbaharui.

Pihak-pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh berhubung dengan Unit Perniagaan Nyahenapcemar dengan menghubungi pejabat-pejabat operasi kami. Sila rujuk kepada pautan https://www.iwk.com.my/contact/customer-services-centres, untuk senarai pejabat-pejabat operasi atau emel kepada care@iwk.com.my.

 
 
Caj Perkhidmatan:

Kos adalah berbeza mengikut jumlah muatan dan lokasi yang perlu jalankan perkhidmatan. Caj perkhidmatan adalah RM150/m3 dan caj tambahan adalah berdasarkan kepada isipadu FOG yang dikosongkan.