Piagam Pelanggan

Indah Water Konsortium Sdn Bhd bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan pembetungan dan memastikan tahap perkhidmatan dipenuhi sepenuhnya.

Kami akan memastikan perkhidmatan pembetungan yang berkualiti seperti berikut:

  • Operasi dan mengekalkan sistem air kumbahan awam dengan cekap.
  • Menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik individu atas permintaan pelanggan.
  • Menepati amalan alam sekitar yang baik dalam setiap rawatan, pelupusan kumbahan dan enapcemar.
  • Menggunakan teknologi yang sesuai dan melaksanakan langkah-langkah berkesan dalam semua bidang operasi kami.
  • Berkomited dalam menganjurkan pelbagai program kesedaran untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang awam dan pihak berkepentingan.

Kami akan memastikan tahap perkhidmatan seperti di bawah:

  • Berada dalam talian 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk memberi respon kepada perkhidmatan kecemasan.
  • Membalas aduan perkhidmatan dalam masa 24 jam.
  • Membalas permintaan untuk pengosongan tangki septik individu dalam masa 48 jam.
  • Membalas pertanyaan operasi bertulis dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menjawab setiap panggilan ke talian perkhidmatan pelanggan dalam masa 10 saat.
  • Pengaturan temujanji perkhidmatan dalam masa 30 minit iaitu masa yang telah dijanjikan dan memberitahu pelanggan apabila kelewatan berlaku, jika kami dapat menghubungi anda
  • Membalas pertanyaan bil dalam tempoh 5 hari bekerja.

Kami bertanggungjawab terhadap pelanggan kami dalam mematuhi piawaian di atas, yang dikawal selia dan dipantau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Piagam Pelanggan baru ini diguna pakai bermula 1 Januari 2015 dan akan disemak semula secara berkala.