Polisi Privasi

 
1. Ikrar kami

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (“Indah Water“, atau “Kami“) komited untuk melindungi privasi individu berkenaan dengan maklumat peribadi mereka. Dengan itu, kami sentiasa memastikan polisi-polisi dan amalan kami yang berkaitan dengan pengumpulan, pemprosesan dan capaian kepada maklumat peribadi adalah mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua undang-undang Malaysia yang berkaitan.



2. Polisi

Kami meminta anda untuk membaca Polisi Privasi ini secara teliti kerana ia mempunyai maklumat penting mengenai bagaimana kami memproses dan menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan menerusi laman sesawang ini. Sila ambil maklum bahawa polisi ini hanya diguna pakai kepada maklumat peribadi yang diproses berhubung dengan transaksi komersial.



3. Pengumpulan Maklumat Yang Dikenalpasti

Apabila anda melayari laman sesawang kami, kami hanya merekodkan lawatan anda sahaja dan tidak akan mengumpul sebarang maklumat anda yang dapat dikenalpasti (contoh: maklumat berkenaan anda dan mengenalpasti anda) kecuali dinyatakan. Cookie yang digunakan (jika ada) di mana-mana bahagian di dalam laman sesawang tidak akan digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi yang dikenalpasti. Untuk makluman anda, cookie adalah fail computer bersaiz kecil yang boleh disimpan di dalam komputer pelayar internet dengan tujuan mendapatkan maklumat konfigurasi dan menganalisa tabiat melihat pelayar web. Ini boleh menjimatkan masa anda daripada mendaftar semula apabila melayari semula sesuatu laman sesawang dan selalu digunakan untuk mengesan pilihan anda berkaitan dengan laman sesawang tersebut. Anda mempunyai pilihan untuk menerima cookie (dengan mengubah pilihan Internet yang relevan untuk memilih pilihan sistem komputer anda yang berkaitan), tetapi apabila anda berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat untuk menggunakan atau mengaktifkan beberapa fungsi di laman sesawang kami.



4. Pautan kepada laman sesawang yang lain

Laman sesawang ini mempunyai pautan kepada lawan sesawang yang lain. Polisi ini hanya diguna pakai untuk laman sesawang kami dan anda harus menyedari bahawa laman sesawang yang lain yang dihubungkan oleh laman sesawang ini mungkin mempunyai polisi-polisi privasi dan perlindungan maklumat peribadi yang berlainan dan kami sangat mengesyorkan agar anda membaca dan memahami penyataan privasi di setiap laman sesawang tersebut.



5. Laman-laman Sesawang Pihak Ketiga

www.iwk.com.my mungkin mempunyai bahan-bahan yang dihasilkan oleh pihak ketiga atau pautan ke laman sesawang yang lain. Kami tidak bertanggungjawab atau menganggung sebaranag laibiliti terhadap bahan-bahan yang dihasilkan pihak ketiga atau operasi atau kandungan laman sesawang yang lain (sama ada berkait dengan www.iwk.com.my atau tidak) yang tidak berada di bawah kawalan Indah Water. Kami berhak untuk meminta agar pautan kepada www.iwk.com.my dipadam daripada laman sesawang yang lain, yang telah diletakkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Indah Water.



6. Perubahan Di Dalam Polisi

Kami akan menyemak dan mengemaskini Polisi ini dari semasa ke semasa untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan kami, prosedur dan struktur, dan perubahan jangkaan privasi masyarakat. Anda perlu menyemak Polisi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda mengetahui versi terbaru polisi setiap kali anda mengunjungi laman sesawang ini.

Walaupun secara amnya sukar untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan pada Polisi ini, versi terbaru Polisi boleh didapati di halaman ini, atau sila hubungi kami untuk mendapatkan versi terbaru Polisi pada bila-bila masa.

Pegawai Pematuhan
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
No 44 Jalan Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-27801100
Faks: 03-2780 1101
E-mel: compliance@iwk.com.my