Tenaga Boleh Diperbaharui

Bioefluen

Bioefluen dihasilkan dari proses rawatan air sisa kumbahan di loji rawatan sebelum dilepaskan ke sungai dan alam sekitar. Bioefluen yang digunakan semula adalah sebagai sumber alternatif air untuk keperluan industri yang boleh membantu mengatasi masalah kekurangan air berikutan musim kemarau. Malah, penggunaan semula bioefluen dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air bersih terutama dalam landskap, tanaman bukan makanan dan penciptaan tanah lembap buatan. Kini, loji rawatan kumbahan IWK menghasilkan kira-kira 5,092 juta liter sehari (MLD).

 
 
 

Biopepejal

Biopepejal adalah produk akhir dari loji rawatan air sisa kumbahan di mana ia akan dikeringkan terlebih dahulu. Ia adalah sumber yang berharga kerana mengandungi kandungan organik yang tinggi dan nutrien untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman serta mengandungi kedua-dua nutrien mikro dan makro. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh IWK (dengan kerjasama beberapa universiti tempatan) untuk menguji kecekapan biopepejal sebagai baja untuk tanaman bukan makanan. Salah satu kejayaan penyelidikan yang dijalankan ke atas biopepejal berkaitan dengan pertumbuhan pokok getah.

Biogas

Biogas dihasilkan di loji rawatan kumbahan IWK dengan sistem Pencernaan Anaerobik. Biogas adalah salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui yang dapat menjana tenaga elektrik. Pada masa ini, terdapat 6 loji rawatan kumbahan IWK dengan keupayaan untuk menghasilkan 10,000 m3/sehari dan berpotensi untuk menjana 20 MWhour/sehari.