Matlamat Pembangunan Lestari


MEMPRAKTIKKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDG)


Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) diperkenalkan sewaktu persidangan United Nations Conference on Sustainable Development di Rio de Janeiro pada 2012. SDG adalah rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua. Ia menangani cabaran-cabaran global yang kita hadapi, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, keamanan dan keadilan.  Kesemua 17 matlamat tersebut adalah saling berkait, dan untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan, ia adalah penting untuk kita mencapai semuanya menjelang 2030.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang komited dengan matlamat ini dan telah mengambil langkah-langkah untuk menerapkan  strategi-strategi SDG dengan memperkenalkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) pada tahun 2017. GTMP memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat-matlamat SDG, seperti Matlamat ke-6 (air bersih dan sanitasi), Matlamat ke-7 (tenaga yang bersih dan berpatutan), Matlatmat ke-11 (bandaraya dan komuniti yang mampan), Matlamat ke-12 (penggunaan dan penghasilan yang bertanggungjawab) dan Matlamat ke-13 (tindakan iklim).

Sebagai syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengambil langkah dalam perlaksanaan GTMP yang merangkumi aspriasi rangkakerja SDG dengan fokus utama terhadap Matlamat ke-6: Air Bersih dan Sanitasi. Menurut ringkasan “Sustainable Development Goal 6 – Synthesis Report 2018” mengenai Air dan Sanitasi, air sisa adalah sumber air, tenaga, nutrien dan produk sampingan lain yang tidak dinilai sepatutnya. Kitar semula, guna semula dan memulih semula adalah aktiviti normal yang mampu mengurangkan tekanan ke atas keperluan air dan memberikan manfaat social, ekonomi dan alam sekitar. Matlamat-matlamat ini diterangkan dengan jelas kepada kita dan sebagai tanggungjawab bersama kepada alam sekitar, perjalanan ini memerlukan usaha dan kerjasama dari semua.

 
 

Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP)

Pada asasnya, GTMP adalah hasil daripada Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dengan matlamat untuk mengukuhkan peranan ekonomi hijau dan teknologi hijau sebagai pemangkin bagi mendorong aspirasi Malaysia untuk pertumbuhan yang mampan. GTMP menggariskan sasaran untuk enam (6) sektor utama penggunaan teknologi hijau iaitu tenaga, pembuatan, pengangkutan, bangunan, pengurusan sisa serta pengurusan air yang berpotensi menghasilkan kesan sosioekonomi dan persekitaran yang paling dapat dilihat.

Di bawah GTMP, perkhidmatan dan operasi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. adalah di bawah Sektor Air, di mana sasaran yang telah ditetapkan adalah menjelang 2030 adalah 100% enapcemar (biopepejal) dan 33% efluen terawat akan diguna semula. IWK menghasilkan bi-produk teknologi hijau (biopepejal, bioefluen dan biogas) dengan menggunakan pendekatan bahan buangan kepada kekayaan (waste-to-wealth) tanpa menjejaskan alam sekitar dan sambil mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Untuk mencapai sasaran penggunaan 100% enapcemar (biopepejal), IWK telah mempromosikan dan membekalkan biopepejal bagi penggunaan untuk tanaman bukan makanan kepada pihak berkuasa tempatan dan juga industri-industri berkaitan di Malaysia. Selain daripada nutrient, biopepejal juga boleh ditukar kepada bahan binaan. Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan pelupusan sisa tetapi juga mengurangkan pelepasan GHG daripada aktiviti-aktiviti syarikat.

Menerusi penyelidikan, pembangunan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi yang lain, kami juga telah mengenal pasti dan mempromosikan penggunaan semula air efluen terawat (bioefluen) yang dikepaskan daripada loji-loji rawatan kumbahan (LRK). Akhirnya, peggunaan semula bioefluen boleh mengurangkan tekanan dan permintaan untuk sumber air mentah. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan aplikasi hijau, diharapkan kadar kitar semula akan terus meningkat.

 

Kami telah mula menggunakan biogas yang terhasil di LRK sebagai sumber diperbaharui yang menghasilkan bekalan elektrik. Beberapa LRK dilengkapi dengan panel solar untuk menghasilkan tenaga bersih sambil menggabungkan teknologi hijau.

Selain daripada sasaran utama untuk penggunaan semula enapcemar (biopepejal) dan efluen terawat, IWK juga ingin mencapai sasaran-sasaran lain di bawah sektor tenaga, pembuatan, pengangkutan, pembinaan, pengurusan sisa serta pengurusan air. IWK telah berjaya menghasilkan Pelan Induk Hijau IWK pada tahun 2018.

Perlaksanaan amalan hijau di dalam proses-proses perolehan, pejabat dan pentadbiran menunjukkan penyelarasan SDG di operasi seharian pembangunan projek dan peringkat pembuat keputusan. Untuk para pelanggan, kami menggalakkan untuk mereka mendaftar dengan perkidmatan IWK e-bill dan pembayaran dalam talian. Selain daripada itu, kami telah memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar menerusi programs Friends of Rivers (FoR). Kami bekerjasama dengan komuniti, pelajar-pelajar universiti, pihak berkuasa tempatan dan organisasi-organisasi lain dengan menganjurkan aktiviti pembersihan sungai dan penanaman pokok

Kami sentiasa memastikan air sisa yang dilepaskan di perairan adalah bersih dan mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar. Dengan itu, orang ramai boleh menikmati alam sekitar yang lebih bersih.

 

Ringkasan

Kami akan terus mempraktikkan amalan SDG di dalam operasi organisasi. Kami sentiasa mencari kaedah untuk meningkatkan kesan positif menerusi operasi dan perkhidmatan. Dengan memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif waste-to-wealth, kami boleh mengurangkan pembaziran sumber kerana hasil yang diperbaharui seperti bi-produk, loji penebusgunaan air dan bio-disel boleh digunakan untuk pelbagai tujuan

Sumber-sumber ini boleh diguna semula sebagai sumber alternatif untuk pengunaan air dan tenaga diperbaharui negara. Dengan kadar penggunaan yang lebih tinggi di kalangan komuniti dan menerusi kerjasama awam-swasta, kami boleh mencapai matlamat SDG dan memberi sumbangan kepada ekonomi hijau untuk pertumbuhan negara.