Page 5 - 2021 Bulletin Indahan
P. 5

BULETIN INDAHAN ⏐ edisi 2021    5







                                     PERUTUSAN DARIPADA
                                            PENGERUSI IWK

                         DUGAAN HARI

                              INI MENJADI

                          PENGAJARAN

                                 HARI ESOK






       Kata bijak yang ringkas, tetapi sebati dengan jiwa kita menyatakan: Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.
       Inilah semangat yang jelas saya dapat lihat dalam setiap warga Indahan sejak saya berada di sini hampir dua
       tahun.  Kesiagaan  dan komitmen warga Indahan,  memang  tidak  pernah pudar dalam menjalankan tugasan
       harian demi menjaga alam sekitar.
          Saya juga ingin mengiktirafkan kekentalan pihak pengurusan menghadapi pelbagai rintangan sepanjang dua
       tahun ini. Pengurusan syarikat telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan segala apa yang syarikat
       rancangkan. Biarpun tahun 2021 penuh dengan likunya, banyak kejayaan telah dikecapi syarikat.
          Salah satu kejayaan yang signifikan buat IWK ialah persetujuan Kerajaan untuk melanjutkan perjanjian
       konsesi IWK mengambil alih, mengurus dan menyelenggara sistem pembetungan awam di seluruh negara
       sehingga 2034.
          Syabas saya ucapkan kepada seluruh warga Indahan! Tetapkan semangat kental anda dan teruskan
       tugasan kita dengan integriti yang tinggi, serta semangat kekeluargaan yang tidak pernah pudar di
       kalangan Indahan.
          Apa yang penting juga, kita mesti jaga kita. Kerajaan telah memperkenalkan program vaksinasi kepada semua
       rakyat  Malaysia.  Saya  dimaklumkan  yang  seluruh  warga  Indahan  telah  menghampiri  tahap  98%  menerima
       vaksin dan sebahagian daripada kita pula sedang menunggu untuk mendapatkan suntikan penggalak yang
       dibenarkan. Alhamdulillah.
          Saya dan kesemua Ahli Lembaga Pengarah amat berbangga dengan anda semua kerana setiap pekerja
       kita telah menyumbang kepada kejayaan syarikat dan tanpa kita sedari kita juga turut menyumbang kepada
       perkembangan ekonomi kita.
          Baru-baru ini kita telah menghadapi banjir di beberapa negeri seperti Selangor, Pahang dan Melaka yang
       telah menjejaskan banyak tempat termasuk loji IWK. Saya berharap agar kita semua tabah menghadapi dugaan
       dan semoga semangat Indahan yang bersatu dalam membantu sesama kita dalam usaha pemulihan di kawasan
       yang terjejas dapat dilaksanakan sebaiknya.
          Teruskan usaha menjaga diri dan keluarga anda, Insha Allah kita akan berjaya melalui apa jua rintangan
       bersama. Kesusahan dan segala dugaan yang kita lalui hari ini, pastinya akan menjadi pengajaran hari esok.
          Akhir kata, saya bersama pasukan Ahli Lembaga Pengarah akan meneruskan sokongan kami kepada
       segala yang telah dirancangkan dalam pelan perniagaan syarikat. IWK sentiasa akan berada dalam doa
       dan ingatan saya.

       Sebagai Keluarga Malaysia, saya yakin dengan anda!
       Selamat Menyambut Tahun Baru 2022

       Ikhlas
       YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10