Page 4 - 2021 Bulletin Indahan
P. 4

4   BULETIN INDAHAN ⏐ edisi 2021















                            eringkali apabila kita mengenang kembali kisah dan pengalaman yang dilalui
                            dalam kehidupan kita, sama ada yang manis ataupun pahit, kita mungkin
                      Sakan terbayang-bayang di dalam kotak memori kita. Ada masa, kita juga
                       mungkin akan muhasabah diri agar kita dapat menjadi individu yang lebih baik
                       daripada semalam.
                          Begitu juga dengan wabak pandemik yang telah dan masih kita harungi hampir
                       dua tahun yang lalu. Kesannya amat hebat bagi setiap kehidupan manusia, tetapi
                       syukur  kepada  Tuhan  yang  kita  dapat  berdiri  hari  ini  dalam  mengadaptasi  dan
                       menetapkan semula kehidupan kita.
                          Mungkin ianya bermula daripada keadaan keliru atau tertekan, tetapi kini
                       semuanya beransur pulih dengan mengamalkan gaya hidup norma baharu, agar
               NOTA EDITOR
                       usaha untuk mengimbangi kembali kesan dari aspek ekonomi dan kesihatan awam
                       dapat dijalankan dengan baik.
                          Sebagai warga Indahan, saya turut merasai dan menghormati rakan kerja
                       saya yang terus bersemangat kental dalam menghadapi segala cabaran pada
                       tahun lepas dan mengubahnya menjadi kekuatan apabila melangkah tahun baru.
                       Kekentalan inilah yang mengajar kita semua menjadi lebih kuat, sabar dan tabah.
                          Kejayaan syarikat dapat dicerminkan melalui peristiwa penting yang berlaku
                       pada tahun 2020 dan 2021, daripada pengambilalihan sistem pembetungan
                       di  Negeri  Kelantan,  Majlis  Bandaraya  Johor  Bahru  dan  Majlis  Bandaraya  Pasir
                       Gudang,  kepada  pelanjutan  perjanjian  konsesi  IWK  dan penwartaan  nyahenap
                       cemar secara berjadual. Kesemuanya ini menjadi peristiwa bersejarah dalam
                       kamus IWK.
                          Bangga saya apabila, IWK juga berjaya merangkul beberapa anugerah bagi
                       kategori modal insan, operasi dan prestasi syarikat, serta inisiatif Tanggungjawab
                       Sosial Korporat. Kesemua ini menunjukkan kita komited dan bertanggungjawab
                       dalam melaksanakan tugas demi syarikat, kesihatan masyarakat dan alam sekitar.
                       Malah, kita juga boleh berbangga apabila Galeri Pembetungan IWK telah dijadikan
                       sebahagian daripada Warisan Kebangsaan dan ikon industri pembetungan negara.
                          Sambil anda menyelak halaman buletin ini, melihat kisah dan kejayaan yang
                       kita kecapi bersama, janganlah kita leka atau cepat puas hati dengan pencapaian
                       ini. Marilah kita sama-sama terus menjaga keselamatan diri, keluarga dan
                       menggembleng tenaga meningkatkan prestasi diri agar syarikat terus kekal
                       sebagai sebuah Syarikat Air Aisa Terunggul.



                       Ikhlas,
                       Joseph Cheong
   1   2   3   4   5   6   7   8   9