Page 11 - 2021 Bulletin Indahan
P. 11

BULETIN INDAHAN ⏐ edisi 2021   11

                      IWK DIBERI TANGGUNGJAWAB

                           UNTUK MELAKSANAKAN
                     NYAHENAP CEMAR


                  SECARA BERJADUAL





































           ⎡    Peraturan ini berkuatkuasa pada 30 Mac 2021 dan kerja-kerja             ⎦
                nyahenap cemar secara berjadual ini dijalankan oleh Indah
                Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd


       Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mewartakan “Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan
       Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021” di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di mana semua
       pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis yang bersambung dengan tangki
       septik atau mempunyai tangki septik perlu melakukan nyahenap cemar secara berjadual. Tangki septik
       yang terletak di dalam sempadan mana-mana pihak berkuasa tempatan perlu dilakukan sekali dalam
       setiap 2 tahun dan, sekali dalam setiap 3 tahun bagi tangki septik yang terletak di luar sempadan mana-
       mana pihak berkuasa tempatan.
          Peraturan ini berkuatkuasa pada 30 Mac 2021 dan kerja-kerja nyahenap cemar secara berjadual ini
       dijalankan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd. Kegagalan mematuhi peraturan ini merupakan
       satu kesalahan di bawah subseksyen 65(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] dan boleh,
       apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000.
          Sebagai syarikat pembetungan nasional, IWK telah mula mengeluarkan notis mulai Jun kepada
       pengguna tangki septik, secara berperingkat. Tanggungjawab eksklusif kerja-kerja nyahenap cemar
       berjadual ini yang diamanahkan kepada IWK sekali lagi membuktikan kepercayaan pihak KASA kepada
       keupayaan kita untuk memberi perkhidmatan pembetungan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16