Perkhidmatan Kami

Pusat Penyelidikan Indah Water

 
 

Sebagai syarikat konsesi pembetungan nasional, Indah Water Konsortium komited terhadap penyelidikan aktif, inovasi dan pembangunan kapasiti sejak IWK ditubuhkan pada tahun 1994. Kami telah bekerjasama dengan beberapa universiti dan institusi penyelidikan selama bertahun dalam pelbagai bidang kajian penyelidikan. Pada bulan Disember 2012, Pusat Penyelidikan Indah Water (IWRC) telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan IWK melalui peningkatan solusi alam persekitaran yang mampan.

Tumpuan bidang-bidang kajian adalah seperti berikut:

R&D DAN INOVASI DALAM SEKTOR PEMBETUNGAN

R&D dan inovasi baru amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan rawatan kumbahan dan sekali gus meningkatkan kebersihan alam sekitar bagi sumber air yang bersih dan menyumbang ke arah pembangunan yang mampan. Inisiatif R&D untuk sektor pembetungan seharusnya membawa kepada keberkesanan hasil penyelidikan bagi meningkatkan kecekapan, penjimatan kos dan/atau potensi aliran pendapatan dan perkhidmatan pengurusan alam sekitar yang mampan di Malaysia.

Untuk melaksanakan ini, pemain industri seperti IWK perlu menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan yang akan membantu dalam penyelesaian praktikal untuk diguna pakai segera dalam operasi dan pengkomersilan. Oleh itu, kami menggalakkan universiti-universiti dan institusi penyelidikan lain untuk bersama-sama membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang unit sanitasi, sistem pengumpulan, teknologi rawatan kumbahan, penggunaan semula air sisa, pengurusan enapcemar, penggunaan semula dan kecekapan tenaga seperti yang digambarkan di bawah.

 

MENJANA IDEA DAN PENYELESAIAN

 

Perkhidmatan IWRC memberi tumpuan kepada penyelidikan mengenai penggunaan teknologi masa depan dan pembangunan inovatif produk. IWRC menjalankan, menyelaraskan dan memudahkan aktiviti penyelidikan IWK melalui bantuan pasukan penyelidikan dalaman, bekerjasama dengan rakan strategik dan institusi penyelidikan yang meliputi skop berikut:

 

MEMELIHARA HARTA INTELEK (IP)

 

Lima idea yang dikemukakan oleh IWK telah berjaya difailkan untuk permohonan paten di Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO). Dengan ini, kita dapat melindungi harta intelek dan membangunkan lagi penambahbaikan dan merealisasikan pengkomersilan nilai penemuan tersebut.

 

RANGKA KERJA KAMI

 

IWRC atau dengan lebih khusus lagi iaitu Bahagian Teknologi dan Inovasi (TIS) merancang tumpuan kerja kepada penyelidikan bagi penggunaan teknologi masa depan dan pembangunan inovatif untuk produk baru. Antara projek yang akan dijalankan tanpa terhad adalah seperti berikut:

  • Sistem Rawatan Air Sisa Berkarbon Rendah
  • Rawatan Biopepejal Bersepadu / Maju dan Sistem Pengendalian
  • Trend Pemulihan Sumber
  • Produktiviti dan Kecekapan Operasi
  • Kebolehpercayaan Aset
  • Pembangunan Produk - pengetahuan khusus, impak nilai dan kuantiti yang tinggi
  • Pembangunan Sistem - Menggunakan Pengalaman yang lalu, Integrasi Ringkas, Potensi Aplikasi Inter-Industri.
 

KEMUDAHAN IWRC





Makmal Analisis Fizikal dan Kimia menggunakan pelbagai kaedah ujian yang pesat untuk mengkaji prestasi rawatan air sisa, manakala Makmal Mikrobiologi menyokong kajian R&D untuk membangunkan produk mikrob untuk penambahbaikan rawatan sisa kumbahan. Makmal ini mampu menjalankan pengasingan dan pertumbuhan mikrob serta melakukan pemantauan mikroskopik terhadap sampel kumbahan.

 





 

Unit Projek Perintis, memfokuskan kepakaran kajian dalaman menggunakan reactor berskala makmal sehinggalah simulasi skala loji untuk membangunkan inovasi dan solusi rawatan air sisa. Kemudahan skala meja makmal disediakan kepada pelajar university yang menjalankan kajian di IWKRC.





 

Penyelidikan Biopepejal dan Plot Percubaan Inovasi juga disediakan untuk menjalankan aktiviti intensif, praktikal dan ruang ujian untuk melihat manfaat aplikasi biopepejal iaitu plot penanaman semaian dan biokompos/ biopellens yang kecil untuk merealisasikan sasaran sifar bagi Pelupusan Biopepejal.