Perkhidmatan Kami

Operasi & Penyelenggaraan

 

IWK mengendalikan dan menyelenggarakan lebih daripada loji rawatan kumbahan (STP) dan stesen rangkaian pam di kawasan operasi di seluruh negara. Berdasarkan keunggulan tenaga kerjanya, IWK dikendalikan oleh profesional khusus yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang kepakaran daripada perancangan dan kejuruteraan, beroperasi untuk semua aset pembetungan awam dan pengurusan harian semua perkhidmatan. Tanggungjawab ini dilakukan demi untuk memelihara alam sekitar dan kesihatan orang awam. Kini, Malaysia telah menikmati salah satu perkhidmatan pembetungan yang terbaik di rantau ini.

 
 
 

Pengenalan Perkhidmatan Pengosongan Tangki Septik

 

Selain mengendalikan dan menyelenggarakan sistem pembetungan bersambung awam, IWK juga menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik untuk sistem pembetungan yang tidak bersambung iaitu IST dan tandas curah kepada semua pelanggan di bawah kawasan operasi IWK.

Mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pemilik premis yang menggunakan tangki septik adalah bertanggungjawab untuk penyelenggaraan tangki septik tersebut.

 

Apa itu Tangki Septik

Tangki septik adalah satu bentuk kemudahan penjagaan utama yang terdiri daripada satu atau lebih petak bahagian yang menyediakan rawatan kumbahan.

TANGKI SEPTIK YANG EFISIEN
 
1 HINGGA 2 TAHUN
Tangki septik yang efisien boleh menyimpan sisa kumbahan sehingga 2 tahun. Enapcemar di tangki septik perlu dikosongkan secara berkala (pengosongan tangki septik berjadual).
 
TANGKI SEPTIK YANG EFISIEN
 
SELEPAS 2 TAHUN
Tangki septik yang tidak dikosongkan akan menyebabkan kumbahan enapcemar melimpah dan mengalir ke dalam longkang. Ianya akan menyebabkan pencemaran sungai serta menyumbang kepada sumber air yang tidak selamat.
 
 
 

Tangki septik hanya menyediakan sebahagian sahaja rawatan kumbahan yang mengalir ke dalamnya dan perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; bagi memastikan ianya berfungsi dengan efisien. Sekiranya tangki septik tidak dikosongkan, enapcemar najis akan melebihi kapasiti simpanan tangki. Ini akan menyebabkan penguraian air kumbahan yang tidak sempurna dan seterusnya air kumbahan yang tidak dirawat serta pepejal enapcemar najis terus keluar daripada tangki septik ke dalam longkang. Jika tangki septik mempunyai lapisan turas selepas tangki pemendapan, lapisan ini akan tersumbat dan ini juga akan mengakibatkan air kumbahan yang tidak dirawat dan pepejal enapcemar najis keluar terus ke dalam longkang.

 

Warning: Unknown: Failed to write session data using user defined save handler. (session.save_path: ) in Unknown on line 0