Piawaian Efluen (ES) & Kesetaraan Penduduk (PE)

Piawaian Efluen (ES)

Rawatan enapcemar domestik adalah di rekabentuk untuk menghasilkan efluen yang mempunyai kandungan pepejal dan organik yang rendah. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan lain, yang menyingkirkan nutrien, mengubah pH atau menyahjangkit efluen mungkin akan ditambah bergantung kepada persekitaran yang menerima efluen tersebut.

Piawaian tertentu telah diwujudkan untuk kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji olahan ke sistem pengairan. Ia mengambil kira tahap penerimaan tertinggi untuk pelbagai efluen bahan cemar. Sampel efluen daripada loji olahan akan diambil dan diuji di makmal untuk memastikan piawaian-piawaian ini ditepati dan loji-loji olahan beroperasi dengan betul. Ujian-ujian dijalankan sebagai sebahagian daripada program pengawasan dalam memenuhi syarat-syarat lesen operasi Indah Water dan memastikan operasi proses-proses rawatan yang efisien.

Ini akan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat dan meningkatkan tahap kehidupan penduduk Malaysia.

Kesetaraan Penduduk (PE)

Untuk merekabentuk rangkaian paip, stesen-stesen pam dan loji olahan kumbahan, anggaran perlu dibuat ke atas kadar aliran isipadu yang dijangka untuk dibawa, dipam dan dirawat.

Kadar aliran ini diukur dalam meter padu untuk sesaat and perlu dikira untuk kegunaan sedia ada dan juga untuk pembangunan yang akan datang.

Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira kadar aliran jangkaan. Salah satu kaedah ialah untuk mengira parameter yang dipanggil "kesetaraan penduduk (PE)" untuk sesuatu kawasan dan menukarkannya kepada kadar aliran.

PE ialah anggaran penggunaan kemudahan pembetungan. Ia bukanlah satu ukuran sebenar penduduk.

Untuk kawasan kediaman, padanan penduduk dikira sebagai lima untuk setiap rumah dan merupakan ukuran terus untuk penduduk di dalam satu kawasan.

Walau bagaimanapun, untuk kawasan komersial, PE adalah dikira berdasarkan keluasan lantai, yang mana setimpal dengan jumlah penduduk yang menggunakan premis tersebut. Ini tidak menunjukkan jumlah penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.