Caj

 

Caj


 

Tarif caj mengikut kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006: Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022

Caj perkhidmatan pembetungan ditentukan oleh Kerajaan Malaysia berdasarkan kepada prinsip kemampuan dan kesaksamaan bagi memastikan hasil kutipan daripada pelbagai kategori pelanggan cukup untuk membiayai perbelanjaan pengurusan operasi sistem pembetungan yang moden dan efisien di Malaysia.

Ini amatlah kritikal demi memelihara sumber-sumber air kita serta memastikan alam sekitar yang lebih bersih dan selamat untuk rakyat Malaysia. Kerja-kerja membaiki dan menaik taraf semua loji rawatan kumbahan di seluruh negara memerlukan kewangan yang banyak dan sebahagian besar diperolehi daripada caj-caj tarif. Oleh itu, sekiranya para pelanggan gagal untuk membayar bil mereka, ia akan menjejaskan program membaik pulih dan menaik taraf kami.

Tarif caj perkhidmatan pembetungan telah diselaraskan pada 1 October 2022 bagi perkhidmatan pengosongan tangki septik dan 1 Januari 2023 bagi perkhidmatan sistem bersambung (domestik). Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022 di sini, atau soalan-soalan lazim di sini.

Pelanggan yang berdaftar di bawah program eKasih boleh menghubungi IWK untuk mendapatkan bantuan bersasar dalam bentuk rebat. Tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu pelanggan dalam menampung caj perkhidmatan pembetungan.

Caj Pembetungan

Sistem Bersambung (Domestik)

Pelanggan perkhidmatan pembetungan bersambung mempunyai saluran paip pembetungan yang disambung terus ke loji rawatan kumbahan awam melalui rangkaian paip pembetungan di bawah tanah. Isi rumah bagi Domestik dikenakan kadar minimum untuk perkhidmatan pembetungan pada setiap bulan. IWK bertanggungjawab bagi operasi dan penyelenggaraan semua loji rawatan kumbahan awam.

Ketahui Lebih Lanjut
Caj Pembetungan

Komersial

Premis Komersial bermaksud mana-mana premis yang digunakan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi tujuan perdagangan, perniagaan, penyediaan perkhidmatan atau kemudahan atau apa-apa aktiviti lain, sama ada bagi mendapatkan keuntungan atau sebaliknya. Ini merupakan jenis premis di mana, caj yang dikenakan adalah berbeza berbanding domestik dan kerajaan. Caj perkhidmatan pembetungan bulanan untuk premis komersial, adalah jumlah berdasarkan Caj Asas Nilai Tahunan premis dan Caj Penggunaan Air berdasarkan purata penggunaan air yang melebihi 100 meter padu (m3).

Ketahui Lebih Lanjut
Caj Pembetungan

Perindustrian

Premis perindustrian bermaksud mana-mana premis yang di dalamnya aktiviti utama yang dijalankan melibatkan pembuatan, pengubahan, pengadunan, perhiasan, perkemasan, rawatan atau penyesuaian apa-apa barang atau bahan dengan tujuan menggunakan, menjual, mengangkut, menghantar atau melupuskan tetapi tidaklah termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong. Pelanggan perindustrian dikenakan bayaran berdasarkan jumlah bilangan pekerja.

 
Borang Pengisytiharan (PDF format): Tekan Di Sini
Ketahui Lebih Lanjut
Caj Pembetungan

Kerajaan

Selain isi rumah domestik, perkhidmatan pembetungan juga disediakan kepada premis kerajaan. Sejak Ogos 2004, caj perkhidmatan pembetungan baru telah dilaksanakan. Caj perkhidmatan pembetungan bulanan untuk premis kerajaan adalah sejumlah caj asas dan caj berlebihan yang telah ditetapkan. Caj asas bergantung kepada jenis perkhidmatan pembetungan manakala caj berlebihan berdasarkan purata penggunaan air yang melebihi 100 meter padu (m3).

Ketahui Lebih Lanjut
Caj Perkhidmatan Nyahenap Cemar

Domestik

Semua pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni mana-mana premis bersambung dengan tangki septik atau mempunyai tangki septik perlu melakukan nyahenap cemar secara berjadual berdasarkan kepada pewartaan “Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021” yang telah berkuatkuasa mulai 30 Mac 2021. Kerja-kerja nyahenap cemar secara berjadual ini akan dilakukan oleh lndah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.
Jadual nyahenap cemar adalah seperti berikut:
i. tangki septik di dalam kawasan pengoperasian pihak berkuasa tempatan (PBT), nyahenap cemar dijadualkan setiap 24 bulan (2 tahun) sekali; dan
ii. tangki septik yang terletak di luar sempadan mana-mana PBT, nyahenap cemar dijadualkan setiap 36 bulan (3 tahun)sekali.

Ketahui Lebih Lanjut