Service Performance

 
Indah Water Konsortium (IWK), syarikat pembetungan nasional, bertekad untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang efisien dan mesra alam kepada semua rakyat Malaysia. Perkhidmatan-perkhidmatan ini dipantau dan diteliti untuk pembaikan yang berterusan.

Lurang Pembetungan Melimpah

Kadang kala, pengaliran air kumbahan di dalam saliran paip pembetungan bawah tanah tersekat oleh pepejal/sampah sarap. Apabila ini berlaku, air kumbahan akan melimpah di lurang pembetungan. IWK adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan sekatan menggunakan pancutan air tekanan tinggi, penyedut berkuasa tinggi dan / atau penjolok mekanikal dalam tempoh 24 jam daripada masa maklumbalas diterima.Anda boleh membantu mencegah limpahan ini dengan tidak membuang sampah sarap ke dalam tandas atau sistem pembetungan di dalam premis.



 

Penutup Lurang Pembetungan Hilang

Kawasan-kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan ada lurang pembetungan di sepanjang atau tepi jalan raya menghala ke loji. Lurang pembetungan awam mempunyai penutup logam bulat dan logo “JPP” (Jabatan Perkhidmatan Pembetungan), “Indah Water” atau Pihak Berkuasa Tempatan. Penutup lurang pembetungan sering hilang dicuri oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Penutup-penutup lurang pembetungan yang baru dipasang dengan engsel dan kunci untuk mencegah kecurian. IWK akan menggantikan penutup lurang pembetungan yang hilang dalam tempoh 12 jam daripada masa maklumbalas diterima.



 

Saliran Paip Pembetungan Dalam Premis Tersumbat
Pada lazimnya, tandas akan melimpah sekiranya saliran paip pembetungan dalam premis atau di antara premis dan lurang pembetungan awam yang terdekat dengan premis tersumbat. Pada kebiasaannya, limpahan ini adalah disebabkan oleh pepejal menghalang pengaliran air kumbahan di dalam paip. Pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui “ruang pemeriksaan” atau saliran paip dalaman premis. Ruang pemeriksaan boleh dikenalpasti melalui satu penutup bersegi empat tepat yang biasanya terletak di luar premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis.

Perkhidmatan mengeluarkan sekatan akan dijalankan dalam tempoh 48 jam daripada masa permintaan diterima. (Walau bagaimanapun, perkhidmatan hanya akan dijalankan selepas menerima pembayaran)



Saliran Paip Pembetungan Awam Tersumbat
IWK adalah bertanggungjawab untuk menyelenggarakan rangkaian saliran paip pembetungan awam bagi kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan awam. Masalah yang sering dialami adalah saliran paip pembetungan tersumbat dengan pepejal / sampah sarap, batu-bata, pasir, minyak/gris beku dan kadang kala saliran paip yang pecah. IWK akan mengatasi masalah ini dalam tempoh 24 jam bergantung kepada jenis pepejal yang menghalang pengaliran air kumbahan di dalam paip menggunakan pancutan air tekanan tinggi, penyedut berkuasa tinggi dan/atau penjolok mekanikal. Jika ada paip yang pecah, IWK akan menggantikannya dan memastikan gangguan minimum ke atas keselesaan pelanggan.

 

LATEST HEADLINES