Home / Sewerage Facts

Lighter Side

Memelihara Kebersihan Alam Sekitar - Sejarah Sistem Pembetungan Sepintas Lalu

1. Pada suatu masa silam, najis merupakan longgokan di merata tempat.
2. Keadaan amat mencabar untuk memikirkan tentang 'najis'.
3. Sebagai pengembara, tiada sesiapa yang menghiraukan tentang longgokan yang tertinggal...
4. Ada yang sengaja meninggalkannya begitu sahaja.
5. "Di manakah boleh aku melepas?" tiba-tiba menjadi satu persoalan yang mencemaskan.
6. Untuk pertama kalinya, masalah pelupusan najis menarik perhatian.
7. Pada zaman pertengahan di Eropah, cara pelupusan najis oleh orang ramai amat menjijikkan.
8. Jalanraya pada masa itu amatlah busuk. Golongan yang sensitif kepada bau busuk menghidu herba harum di kepala tongkat.
9. ... Tongkat berherba harum akan dihidu apabila berada di pekan yang berbau busuk.
10. Setelah banyak kematian akibat wabak, penyakit kolera, maka penyakit dan najis dihubungkaitkan. Akhirnya, undang-undang terpaksa diluluskan bagi melarang jalanraya dijadikan pembetung.
11. Tandas pam atau bilik air merupakan ciptaan unggul abad ke-19.
12. Saliran-saliran pembetungan telah dibina di bandar-bandar Eropah.
13. Saliran paip pembetungan hanya menyalirkan kumbahan yang tidak diproses terus ke sungai dan laut.
14. ...
15. ... yang telah menimbulkan pelbagai rungutan.
16. Oleh itu, ada orang membina ladang kumbahan. Paip pembetungan disalirkan ke dalam lubang-lubang.
17. Tetapi kawasan-kawasan ini lama-kelamaan tidak mampu mengendalikan jumlah kumbahan yang semakin bertambah.
18. Masalah kumbahan berlebihan itu akhirnya mendorong pembinaan loji-loji olahan kumbahan.
19. Jika anda tinggal di kawasan kampung, anda sama ada menggunakan sungai...
20. .. atau tepi pantai.
21. Di bandar-bandar, saliran pembetungan tidak wujud. Najis diangkut!
22. Hanya pada tahuan 1950an, tandas pam diperkenalkan. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, saliran paip pembetungan di loji olahan kumbahan dan tangki septik telah dibina.
23. Hanya beberapa bandar utama mempunyai sistem pembetungan yang sempurna. Setiap tahun kita menghasilkan 5 juta tan kumbahan.
24. Sejumlah besar kumbahan mengalir terus ke dalam sungai dan laut...
25. Oleh itu, Indah Water terpaksa menguruskannya! Tetapi bagaimana? Nasib baik, ada juga kaedah berkesan untuk mengolahnya.
26. Sampah-sarap seperti kaca, pakaian, tin-tin dan kayu-kayu diasingkan.
27. Seterusnya, pasir dan kersik diasingkan dan mendap ke dasar alur air.
28. Pepejal halus seterusnya mengalir ke tangki-tangki 'penjernih' dan mendap ke dasar tangki menjadi 'enap cemar'. Kemudian enap cemar di tapis di kolam yang mengandungi batu-batu sedalam 2 meter.
29. Bakteria, alga dan cacing-cacing yang hidup dalam turas yang mengandungi udara di celah-celah batu-bata menghancurkan kumbahan.
30. Sebahagian kumbahan disalirkan ke penjernih untuk menjalankan proses penjernihan ...
31. ... atau di tangki segi empat tepat yang mempunyai pengikis bergerak ke hadapan dan belakang. Enapcemar aktif digaul dengan kumbahan di dalam tangki. Proses ini dipanggil proses mengaktifkan enap cemar.
32. Di dalam tangki pengudara, udara disembur daripada dasar tangki untuk mengaktifkan bakteria menghancurkan pepejal najis...
33. ...atau dikacau menggunakan pengudara terapung di permukaan air kumbahan.
34. Akhirnya, baki pepejal yang tertinggal mendap ke bawah tangki manakala air terawat (efluen) mengalir keluar ke perairan.
35. Air kumbahan yang telah diolah mengalir ke dalam sungai dan laut. Yang tertinggal hanya mendapan enapcemar yang perlu dikeringkan menggunakan kaedah jemur, bakar atau menekan.
36. Enapcemar juga merupakan perapi tanah yang amat baik untuk tanaman hiasan.
37. Kalau anda mempunyai sebuah tangki septik di kawasan rumah pula, kumbahan melalui lingkaran 'S' sebelum memasuki tangki septik. Pepejal akan mendap di bahagian dasar tangki dan cecair akan mengalir keluar ke dalam longkang.
38. Tangki septik perlu dikosongkan dari masa ke semasa untuk mengelakkan daripada: • tangki terlalu padat
• limpahan
• tersumbat
• hilang keupayaan mengolah separa air kumbahan
Pengosongan tangki septik amatlah penting demi mencegah pencemaran perairan dan persekitaran.