Dalam keadaan anaerobik, ammonia dioksidakan kepada nitrit dan seterusnya kepada nitrat melalui proses penitritan. Jika dalam keadaan anoxic (tanpa oksigen), nitrat yang terbentuk akan bertukar ke gas nitrogen tanpa kehadiran oksigen melalui proses pendenitritan.
Ammoniacal nitrogen berlebihan di perairan boleh menyebabkan masalah bau dan rasa. Ia juga akan mengakibatkan masalah psikologi kepada pengguna, yang akan beranggapan bahawa sumber air adalah tercemar dengan kumbahan, walaupun ia bukan merupakan penyebabnya.
Kebolehan 'penulenan-sendiri' sumber air adalah merupakan suatu konsep yang penting. Dengan memahami konsep ini, adalah jelas mengapa bahan cemar (dengan had yang dibenarkan) dilepaskan ke laluan air. Jika tidak, bahan cemar yang berlebihan akan ‘membunuh’ laluan air semula jadi.
Antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk penyingkiran ammoniacal nitrogen adalah nyah-udara(pemeruapan gas ammonia), titik putus pengklorinan (tambahkan klorin untuk mengoksidakan ammonia) atau pertukaran ion(sejenis tanah liat – clinoptilolite untuk mengoksidakan ammonia). Ia juga boleh disingkirkan daripada sumber-sumber air di tempat pengambilan air mentah atau di loji olahan kumbahan. Kadar penyingkiran ammoniacal nitrogen adalah bergantung kepada penulenan-sendiri perairan/sungai, keperluan-keperluan pelepasan efluen atau teknologi terkini yang digunakan oleh loji-loji olahan air minum.
Setakat ini, masih tiada piawaian untuk pelepasan ammoniacal nitrogen dan semua loji olahan kumbahan yang terdapat di Malaysia tidak direkabentuk untuk menyingkirkan ammoniacal nitrogen. Walau bagaimanapun, secara purata, loji-loji olahan kumbahan awam adalah mematuhi keperluan-keperluan Piawaian “A” dan “B” seperti berikut: |