 |
33. ...atau dikacau menggunakan pengudara terapung di permukaan air kumbahan. |
|
 |
34. Akhirnya, baki pepejal yang tertinggal dibiarkan mendap ke bawah tangki manakala air terawat (efluen) mengalir keluar ke perairan. |
|
 |
35. Air kumbahan yang telah diolah kini selamat untuk disalurkan ke dalam sungai dan laut. Yang tertinggal hanya mendapan enapcemar yang perlu dikeringkan menggunakan kaedah penjemuran, pembakaran atau tekanan. |
|
 |
36. Enapcemar juga merupakan perapi tanah yang amat baik untuk tanaman biasa. |
|
 |
37. Kalau anda mempunyai sebuah tangki septik di kawasan rumah pula, kumbahan melalui lingkaran 'S' sebelum memasuki tangki septik. Pepejal akan mendap di bahagian dasar tangki dan cecair akan mengalir keluar ke dalam longkang. |
|
 |
38. Tangki septik perlu dikosongkan dari masa ke semasa untuk mengelakkan daripada:
- tangki terlalu padat
- limpahan
- tersumbat
- menjejaskan proses olahan kumbahan
Pengosongan tangki septik amatlah penting demi mencegah pencemaran perairan dan persekitaran.
|
|