| KURSUS
MEMASUKI RUANG TERHAD SISTEM PEMBETUNGAN (AGT III) |
 Banyak nyawa telah terkorban di dalam ‘ruang
terhad’ di seluruh dunia akibat kemalangan berhubung
kait dengan gas beracun. Kebanyakan mangsa-mangsa sama ada
terperangkap
dengan asap toksik atau mati akibat letupan gas. Hampir kesemua
kematian berlaku semasa kerja di dalam ‘ruang terhad’ atau
terkena letupan gas berapi yang mungkin boleh dielakkan atau
dicegah. |
| |
| DEFINISI
RUANG TERHAD |
| (Jabatan Keselamatan & Kesihatan
Pekerja (1) 04/98) |
| Ruang yang: |
| |
Tidak bertujuan sebagai tempat
kerja lazim ia itu tempat kerja berterusan pekerja |
| |
Mempunyai laluan masuk dan
keluar terhad |
| |
Ruang
yang mencukupi dan muat untuk seorang pekerja memasuki
dan menjalankan tugas dan |
| |
Tekanan atmosfera yang mencukupi
semasa ruang berpenghuni |
|
| |
| CIRI-CIRI
RUANG TERHAD |
| |
Mengandungi atau berpotensi
mengandungi atmosfera berbahaya |
| |
Mengandungi
bahan (pepejal atau cecair) yang berpotensi memerangkap
peserta/ pekerja |
| |
Mempunyai
rupa bentuk dalaman yang boleh memerangkap atau melemaskan
peserta/pekerja oleh tembuk berpusat ke dalam atau
oleh lantai yang condong ke bawah dan menghala ke laluan
yang terhad atau |
| |
Mengandungi peralatan/barangan
yang dikenalpasti boleh mengugat keselamatan atau membahayakan
kesihatan seperti rotor |
|
| |
| RUANG
TERHAD |
 |
|
Contoh ruang-ruang terhad adalah pembetung,
lurang pembetungan, ruang pemeriksaan, perigi basah dan kering,
tangki-tangki enap cemar dan kumbahan, tangki septik, lori
tong-tong, rumah penapisan angin, tangki-tangki simpanan
kimia, tangki-tangki simpanan air pasang-surut, tangki-tangki
di bawah tanah dan empangan. Audit-audit dan terowong-terowong,
saliran paip, ruang lubang di bawah tanah, bekas reaksi bergerak,
tangki atas jalan dan serupaan.
Hampir kesemua kematian melibatkan ruang terhad adalah disebabkan
oleh:-
|
| |
Sesak nafas kerana kekurangan
oksigen |
| |
Keracunan terhidu gas-gas
toksik |
| |
Cedera disebabkan oleh letupan
akibat penyalaan gas-gas mudah terbakar |
|
| |
| SEBAB-SEBAB
KEMATIAN DI RUANG TERHAD |
| |
Kejahilan
dan tiada kebolehan mengenalpasti ruang terhad apabila
melihatnya. Tidak sedar bahawa ruang tersebut amatlah
merbahaya. |
| |
Percaya
kepada pancaindera sendiri dan tidak menyedari bahawa
ruang yang kelihatan selamat adalah tidak selamat.
Kebanyakan atmosfera merbahaya tidak boleh dilihat
dengan mata kasar manusia. Manusia tidak boleh lihat,
rasa atau hidu kebanyakan bau toksik atau atmosfera
membawa maut. |
| |
Memandang
ringan keadaan yang berbahaya. Seseorang berfikir mereka
boleh masuk dan keluar sebelum bahaya menimpa diri
mereka. Seseorang tidak sedar betapa cepatnya seseorang
boleh ditimpa atmosfera membawa maut. |
| |
Tidak
berjaga-jaga. Seseorang lupa atau lalai bahawa keadaan
bahaya boleh berlaku apabila seseorang memasuki ruang
terhad. |
| |
Cuba
menyelamatkan orang lain. Adalah menjadi rasmi manusia
untuk membantu orang dalam kesusahan. Tetapi, kenyataan
sedihnya adalah usaha penyelamat yang tidak terlatih
dan jahil ditimpa maut bersama mangsa yang terperangkap. |
|
 |
Hanya
orang yang terlatih dalam prosedur keselamatan ruang terhad
yang dibekalkan peralatan keselamatan yang lengkap dibenarkan
memasuki pembetung atau ruang terhad. |
| |
| LATIHAN
RUANG TERHAD |
Untuk
menyediakan latihan keselamatan praktikal kepada pekerjaan
orang yang memasuki dan bekerja di dalam pembetung atau ruang
terhad. |
| |
| OBJEKTIF-OBJEKTIF
LATIHAN RUANG TERHAD |
| |
Menyatakan
bahaya bekerja di dalam pembetung atau ruang terhad. |
| |
Menyatakan
Langkah-Langkah Mencegah Am yang perlu dipatuhi apabila
memasuki atau bekerja di dalam ruang terhad. |
| |
Cara
penggunaan yang betul perkakas atau peralatan seperti
abah-abah keselamatan, win, tripod, tali keselamatan,
penghalang dan peralatan komunikasi.
|
| |
Melepaskan
diri dengan selamat daripada pembetung atau ruang terhad
dengan menggunakan alat penyelamat diri |
| |
Menggunakan
pengesan gas dan mengetahui tentang prosedur-prosedur
kecemasan yang perlu dipatuhi jika pengesan memberi
amaran bahaya. (Penguji Gas Berdaftar III) |
|
| |
| TEMPOH
KURSUS DAN KAEDAH LATIHAN |
Ini
adalah kursus 2 hari (16 jam) dan program latihan meliputi
syarahan serta sesi-sesi praktikal dalaman dan luaran. Di
akhir kursus, peserta dikehendaki menduduki ujian bertulis.
Selepas lulus ujian ini, peserta akan dianugerahkan Sijil
Kecekapan yang sah bagi tempoh 2 tahun. Sijil boleh diperbaharui
selepas menghadiri kursus ulang kaji 1 hari (8 jam) dan lulus
ujian bertulis. |
| |
| KONTRAKTOR/PERUNDING
SISTEM PEMBETUNGAN |
 |
Pekerja
kontraktor dan perunding sistem pembetungan yang terlibat
dengan penyelenggaraan
sistem pembetungan adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air
sebelum menjalani kursus dan latihan ruang terhad. |
| |
| MODUL-MODUL
LATIHAN |
| |
| 1. |
Perundangan Ruang Terhad |
| 2. |
Definisi Ruang Terhad |
| 3. |
Memasuki Lurang Pembetungan |
| 4. |
Permit Bekerja |
| 5. |
Peralatan Yang
Diperlukan Untuk Memasuki Ruang Terhad |
| 6. |
Teori Pengesan Gas |
| 7. |
Perkakas Pernafasan |
| 8. |
Praktikal & Simulasi |
| 9. |
Ujian Bertulis |
|
 |
| |
| SIAPA
PATUT MENYERTAI KURSUS INI |
Semua
pekerja yang perlu memasuki dan bekerja di dalam pembetung
dan ruang terhad. Peserta mesti sihat tubuh badan dan bebas
daripada sebarang masalah kesihatan/kecacatan yang tersenarai
dalam perenggan 10.2 Peraturan-Peraturan Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan (JKK) untuk Kerja Selamat Di Dalam Ruang Terhad
(JKKP:GP (1) 04/98). |
|
| |
MAKLUMAT
TAMBAHAN |
|
Dianjurkan olehSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air dengan
kerjasama Persatuan Air Malaysia
Kursus dan latihan dikendalikan oleh pelatih yang dilantik
oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Pusat Latihan Teknikal IWK, Bukit Jalil.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kursus Memasuki Ruang
Terhad Sistem Pembetungan (AGT lll), sila berhubung dengan:-
|
| |
| |
| Persatuan Air Malaysia, |
| No. 24, 2nd Floor, |
| Jalan Sri Hartamas, |
| Taman Sri Hartamas, |
| 50480 Kuala Lumpur, |
| Tel: 03-6201 9521/2250 |
| Fax: 03-6201 5801 |
| |
| Yuran Kursus 2-Hari adalah RM550.00 setiap
seorang peserta |
| Yuran Kursus Ulang Kaji 1-Hari adalah
RM435.00 setiap seorang peserta |
| |
|
| |
|
| |