|
Untuk merekabentuk rangkaian paip, stesen-stesen
pam dan loji olahan kumbahan, anggaran perlu dibuat ke atas
kadar aliran isipadu yang dijangka untuk dibawa, dipam dan
dirawat.
Kadar aliran ini diukur dalam meter padu
untuk sesaat and perlu dikira untuk kegunaan sedia
ada dan juga untuk pembangunan yang akan datang.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mengira kadar
aliran jangkaan. Salah satu kaedah ialah untuk mengira parameter
yang dipanggil "kesetaraan penduduk (PE)" untuk
sesuatu kawasan dan menukarkannya kepada kadar aliran.
PE ialah anggaran penggunaan kemudahan pembetungan.
Ia bukanlah satu ukuran penduduk.
Untuk kawasan kediaman, padanan penduduk
dikira sebagai lima untuk setiap rumah dan merupakan ukuran
terus untuk penduduk di dalam satu kawasan.
Walau bagaimanapun, untuk kawasan komersial,
PE adalah dikira berdasarkan keluasan lantai, yang mana
setimpal dengan jumlah penduduk yang menggunakan premis tersebut.
Ini tidak menunjukkan jumlah penduduk yang tinggal di kawasan
tersebut.
Jadual di bawah menunjukkan bagaimana PE
dikira. |