|

Tangki septik individu
(IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling ‘ringkas’ dan
mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.
Sesebuah IST itu meliputi dua ruang yang bersambung secara
bersiri. Di dalam ruang yang pertama, pepejal daripada kumbahan
akan mendap dan membentuk “enapcemar” manakala
gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk
lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum dan enapcemar
akan mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya
akan berlaku. Akhirnya, efluen akan meninggalkan ruang yang
kedua dan akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk
menyerap ke dalam tanah.
Enapcemar di dalam tangki akan melalui
proses pencernaan anaerobik dan ditukarkan kepada sebatian
organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon dioksida
(CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya,
IST direkabentuk untuk masa pengekalan 24 jam. Muatan simpanan
yang mencukupi disediakan supaya skum dan enapcemar najis
boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas
itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan
baik.
IST adalah sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu
dengan kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai
sistem pembetungan terpusat dan pengaliran efluennya tidak
akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran. Ini merupakan
penyelesaian termurah untuk membuang enapcemar. Walau bagaimanapun,
IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari
kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan
alam sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan
bau. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 1 juta IST di
Malaysia, membuatkannya jenis sistem pembetungan yang paling
biasa digunakan.
Kiraan biasa untuk IST adalah seperti berikut: -
|