Kolam-kolam pengoksidaan (atau Kolam Penstabilan)
merupakan kaedah olahan kumbahan yang popular untuk komuniti
kecil disebabkan oleh kos pembinaan dan operasi yang rendah.
Kolam ini mewakli 12 peratus (jumlah 500) daripada semua
loji rawatan kumbahan. Kolam pengoksidaan baru boleh mengolah kumbahan ke tahap efluen Piawaian B tetapi memerlukan penyelenggaraan
dan pengosongan perjadual untuk mengekalkan piawaian ini.
OP mungkin mempunyai satu atau lebih kolam-kolam cetek
bersiri. Proses-proses semulajadi di dalam pertumbuhan
alga dan bakteria
juga wujud. Oksigen dibekalkan daripada pengudaraan permukaan
semulajadi dan juga melalui fotosintesis alga. Bakteria
yang terdapat di dalam air kumbahan menggunakan oksigen
untuk
memakan bahan organik, memecahkannya kepada nutrien dan
karbon dioksida. Ini akan digunakan oleh alga. Mikrob-mikrob
lain
di dalam kolam seperti protozoa akan menyingkirkan organik
tambahan dan nutrien untuk mempertingkatkan efluen.
Selalunya, terdapat sekurang-kurangnya dua kolam akan dibina.
Kolam yang pertama akan mengurangkan bahan organik dengan
menggunakan pencernaan aerobik manakala kolam kedua akan
mempertingkatkan efluen dan mengurangkan patogen-patogen
di dalam kumbahan. Kumbahan akan memasuki kolam besar
setelah melalui ruang pemendapan dan pemantauan. Setelah
pengekalan
beberapa hari, selalunya aliran akan disalirkan ke kolam
kedua untuk rawatan seterusnya sebelum ia dilepaskan
ke saliran. Bakteria di dalam kumbahan akan bertindak
untuk
memecahkan
bahan organik dengan menggunakan oksigen daripada permukaan
kolam. Kolam-kolam pengoksidaan perlu dikosongkan secara
berjadual untuk memastikan ia berjalan dengan lancar.
OP memerlukan kawasan yang luas dan jumlah rawatan adalah
bergantung kepada cuaca. Ia tidak berkebolehan untuk
mencapai piawaian efluen yang baik secara konsisten.
Pencapaian
variasi seperti ini yang memerlukan penggantian berperingkat
bagi
loji rawatan jenis ini.
Bergantung kepada rekabentuknya, OP perlu dikosongkan
lebih kurang 10 tahun sekali.
Kiraan biasa untuk OP adalah seperti berikut: - |