|
Tangki Imhoff merupakan loji olahan
kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendali
yang sedikit. Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan
dan operasi meliputi penyingkiran skum, penukaran arah aliran
untuk penyebaran enapcemar yang sama rata dan juga penyingkiran
enapcemar.
Tangki Imhoff membentuk 24 peratus (jumlah 800) daripada
semua loji olahan kumbahan di Malaysia dan merupakan jenis
loji kumbahan kedua yang selalu digunakan. Ia menyediakan
olahan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka
masa panjang. Efluen daripada tangki Imhoff boleh menjadi
semakin teruk dengan pantas jika tangki-tangki tersebut
tidak diselenggarakan dengan betul.
Sebuah IT mempunyai 2 ruang diletakkan di atas satu sama
lain. Di ruang atas, pemendapan berlaku dengan pepejal
melalui pembukaan ke ruang yang di bawah. Pepejal termendap
akan
membentuk enapcemar di ruang di bawah dan akan melalui
pencernaan anarobik. Gas-gas daripada tangki-tangki dibawah
akan dilepaskan
ke udara. Skum pula dikumpul di bahagian atas tangki.
Kumbahan daripada premis-premis bersambung akan memasuki
tangki pemendapan di mana pemendapan pepejal akan berlaku.
Pepejal yang lebih berat akan mendap di bahagian bawah
tangki sebagai enapcemar. Kemudian, efluen cecair daripada
tangki
pemendapan akan menitis menerusi tapak penuras batu-batan.
Tangki pemendapan ini perlu dikosongkan selalu. Organisma-organisma
yang tinggal di dalam penuras batu-batan itu akan memakan
kumbahan dan merawatnya pada masa yang sama. Efluen
terawat akan diambil dan dilepaskan ke saliran. Selalunya,
proses
pemendapan di ruang atas akan disusuli dengan efluen
penelusan ke atas media batu kasar sebelum dilepaskan
ke perairan.
IT selalunya digunakan untuk komuniti-komuniti kecil
sehingga kesetaraan penduduk (PE) 1,000. Tangki ini
murah untuk dipasang,
dikendalikan dan diselenggarakan. Walau bagaimanapun,
IT juga seperti IST. Ia hanya merawat kumbahan secara
separa.
Efluen daripada tangki-tangki ini tidak akan memenuhi
syarat-syarat persekitaran yang ditetapkan oleh Jabatan
Alam Sekitar
(JAS). Kaedah yang popular masa kini untuk memberikan
perkhidmatan kepada komuniti yang kecil adalah dengan
menggunakan loji-loji
olahan pakej kecil, terutamanya IT.
Kiraan biasa bagi IT adalah seperti berikut:- |