Pembangunan terkini di dalam teknologi
rawatan kumbahan telah memasukkan kombinasi pelbagai proses-proses
rawatan aerobik untuk mendapatkan pencapaian terbaik dan
paling ekonomi di dalam olahan kumbahan.
Penggabungan pelbagai proses-proses aerobik
ini boleh didapati daripada sejumlah besar sistem-sistem
olahan. Tujuan utama penggabungan ini adalah proses–proses
ini akan menyediakan kestabilan dan ketahanan terhadap muatan-muatan
mengejut proses-proses pertumbuhan yang terlekat dan efluen
berkualiti tinggi daripada sistem-sistem pertumbuhan terampai.
Terdapat pelbagai kombinasi yang wujud seperti Proses
Penapis-Bio Teraktif, Proses Penapis Enapcemar Teraktif-Kasar
, Proses
Enapcemar Teraktif Penapis-Bio dan Proses
Enapcemar Teraktif Penapis Cucuran Bersiri.
Kombinasi terutamanya penapis cucuran dan proses pepejal
sesentuh menghasilkan efluen berkualiti tinggi dan boleh
diharap sepenuhnya. Proses penapis cucuran pepejal sesentuh
(TF/SC) meliputi penapis cucuran, sebuah tangki penyentuh
aerobik dan penjernih terakhir. Pengubahsuaian kepada sistem
ini adalah termasuk tangki pengudaraan kembali enapcemar
dan penjernih telaga tengah pemberbukuan.
Penapis cucuran akan disaizkan untuk menyingkirkan sebahagian
besar BOD, biasanya 60 ke 85 peratus. Pepejal biologi yang
terbentuk di atas penapis cucuran akan ditanggalkan menerusi
peredaran enapcemar di dalam tangki sentuh. Di dalam tangki
sentuh tersebut, pertumbuhan terampai diudarakan untuk kurang
daripada satu jam, menyebabkan pemberbukuan pepejal terampai
dan penyingkiran BOD terlarut yang seterusnya. Apabila masa
sentuh pepejal pendek digunakan, tangki pengudaraan semula
enapcemar diperlukan. Disebabkan oleh tahap pepejal berselerak
yang tinggi di dalam efluen tangki sentuh, telaga tengah
pemberbukuan didapati efektif untuk memaksimumkan pengumpulan
pepejal-pepejal.
Kombinasi proses-proses boleh digunakan
untuk menaik taraf penapis cucuran sedia ada atau loji-loji
pengudaraan berlanjutan.
Ia amat sesuai digunakan terutamanya apabila terdapat masalah
pepejal terampai-tinggi di dalam efluen akhir. Ini boleh
berlaku apabila pepejal di dalam efluen tidak mendap secukupnya
di
dalam penjernih terakhir.
Kiraan biasa untuk Kombinasi Proses adalah seperti berikut:
-
|