|
Penapis cucuran yang pertama telah mula
beroperasi di England pada tahun 1893.
Penapis cucuran moden meliputi tapak yang mempunyai medium
bertelap tinggi yang mana mikroorganisma-mikroorganisma
akan melekat. Kumbahan adalah diserap atau menitis menerusi
bahan
ini yang diperbuat daripada batu-batu (bersaiz 2cm ke 10
cm) atau plastik yang direkabentuk khas.
Biasanya, tapak-tapak batu ini mempunyai kedalaman 2 meter
dan bulat. Lengan yang berputar digunakan untuk menyebarkan
kumbahan ke seluruh media. Media plastik berbeza dari
segi rekabentuk dengan kedalaman daripada 4 hingga 12
meter
bergantung kepada muatan organik.
Penuras-penuras di bawah media akan mengalirkan efluen
dan pepejal biologi, yang telah ditanggalkan daripada
media. Udara diedarkan semula melalui sistem saliran
kepada media.
Efluen daripada saliran akan mendap sebelum dilepaskan
ke
persekitaran.
Sedikit efluen daripada saliran akan dikitar semula
untuk mencairkan kekuatan kumbahan dan memastikan
media akan
kekal lembap.
Apabila efluen mengalir melalui media, bahan organik
diserap kepada saput biologi atau lapisan lumut
yang menutupi media.
Di sini, ia akan dinyahgred oleh organisma-organisma
aerobik. Apabila lapisan lumut tumbuh, persekitaran
anarobik terhasil
berhampiran dengan antara muka media. Akhirnya,
mikroorganisma-mikroorganisma di antara muka media ini
akan hilang keupayaan untuk
melekat kepada media dan lumut akan dihilangkan.
Lapisan lumut
akan tumbuh lagi dan kitaran ini akan berulang.
Penuras-penuras diklasifikasikan berdasarkan kadar
muatan hidraulik atau organik. Klasifikasinya
ialah kadar rendah,
pertengahan, tinggi, sangat tinggi dan secara
kasar. Penyebaran semula efluen penuras akan membenarkan
muatan organik yang
lebih tinggi dalam penuras-penuras berkadar tinggi.
Kiraan biasa bagi penapis cucuran berkadar tinggi
adalah seperti berikut: -
|