|
Penyentuh Biologi Berputar (RBC) merupakan
sistem-sistem rawatan sekunder mekanikal yang kuat dan dapat
bertahan daripada pertambahan mendadak dalam muatan organik.
RBC mula digunakan di Jerman pada tahun 1960 dan sejak itu
ia telah dibangunkan dan dipertingkatkan sehingga menjadi
sebuah unit operasi yang boleh diharap.
Kumbahan yang memasuki loji akan melalui rawatan utama di
mana bahan kasar dan batu-batu kecil akan disingkirkan. Kemudian,
kumbahan akan melalui satu atau lebih unit-unit RBC yang
telah dibina berdasarkan pelbagai aturan.
Setiap unit RBC mempunyai “cakera bulat” bersiri
yang selalunya diperbuat daripada bahan plastik. Cakera-cakera
ini adalah separa tenggelam di dalam kumbahan dan berputar
secara perlahan melaluinya.
Cakera berputar ini menyokong pertumbuhan bakteria dan
mikroorganisma di dalam kumbahan, yang mana akan memecahkan
dan menstabilkan
bahan cemar organik. Mickroorganisma memerlukan oksigen
dan makanan untuk hidup serta pertumbuhan. Oksigen didapati
daripada
atmosfera apabila cakera-cakera berputar. Dengan pertumbuhan
mikroorganisma, ia akan tumbuh di atas media sehingga ia
ditanggalkan semasa proses putaran oleh cakera-cakera berputar
di dalam kumbahan.
Setelah itu, efluen daripada RBC akan disalirkan ke penjernih-penjernih
akhir di mana mikroorganisma-mikroorganisma terampai
akan mendap sebagai enapcemar. Enapcemar akan dikeluarkan
daripada
penjernih untuk rawatan selanjutnya.
Penyentuh Biologi Tenggelam (SBC) merupakan versi RBC
lama yang telah diubahsuai di mana cakera-cakeranya
adalah 80%
- 100% ditenggelamkan dan daya angin diperkenalkan.
Nilai-nilai biasa bagi RBC adalah seperti berikut:
-
|