|
Parit Pengoksidaan (OD) merupakan sistem
enapcemar aktif yang telah diubahsuai. Parit-parit pengoksidaan
adalah sistem-sistem rawatan sekunder mekanikal yang boleh
menerima variasi di dalam muatan hidraulik dan organik.
OD meliputi saluran berbentuk bulat atau bujur yang dilengkapi
dengan peralatan-peralatan pengudaraan mekanikal. Air kumbahan
yang dipantau, yang memasuki parit akan diudarakan dan disebarkan.
Biasanya, OD mempunyai tempoh penahanan yang panjang dan
berkebolehan untuk menyingkirkan sebanyak 75% ke 95% Permintaan
Oksigen Biokimia (BOD).
Empunya “Sistem Bulatan” menggunakan tiga saluran
atau parit-parit yang diletakkan secara sepusat. Setiap saluran
diudarakan secara tersendiri dan boleh diformasikan untuk
bertindak secara selari atau bersiri dengan saluran-saluran
lain, bergantung kepada rawatan yang diperlukan.
Selepas pemantauan dan penyingkiran batu-batu kecil, kumbahan
akan memasuki saluran di mana banyak berlakunya tindak
balas biologi. Saluran yang dikawal dengan kandungan
oksigen terlarut
yang lebih tinggi untuk pengurangan BOD dan nutrien yang
seterusnya. Saluran yang paling dalam digunakan untuk mempertingkatkan
efluen sebelum ia dilepaskan kepada penjernih.
Kiraan biasa untuk OD adalah seperti berikut: -
|