|
Sistem Pengudaraan Lanjutan Buih Halus
Udara Resap (FBDAEA) merupakan sistem-sistem rawatan sekunder
mekanikal. Sistem-sistem FBDAEA adalah kuat dan dapat bertahan
daripada pertambahan mendadak hidraulik atau muatan organik.
Untuk memecahkan bahan organik di dalam kumbahan, bakteria
memerlukan oksigen. Ini boleh dihasilkan dengan kocakan (menggunakan
pengudara permukaan) atau dengan menggunakan "peresap" tenggelam.
Seperti namanya, sistem-sistem FBDAEA memperkenalkan udara
dalam bentuk buih-buih halus menerusi peresap tenggelam.
Buih-buih halus akan menaikkan tahap kecekapan pemindahan
oksigen yang lebih tinggi dan lebih digunakan berbanding
dengan buih-buih kasar.
Kumbahan yang memasuki loji akan melalui rawatan utama di
mana bahan-bahan kasar dan batu-batu kecil akan disingkirkan.
Setelah itu, kumbahan akan mengalir ke rawatan sekunder di
dalam bentuk tangki pengudara yang mana buih-buih udara halus
daripada peresap tenggelam akan dimasukkan.
Pepejal di dalam kumbahan berada di dalam keadaan terampai
dan bakteria di dalam kumbahan akan memecahkan bahan-bahan
organik. Kumbahan akan disimpan di dalam tangki pengudara
selama 18-24 jam.
Efluen bersama dengan bahan-bahan terampai akan disalirkan
ke "penjernih" (tangki mendapan) di mana bahan-bahan
akan mendap sebagai enapcemar. Enapcemar akan dikeluarkan
dan sedikit enapcemar akan dimasukkan semula ke dalam tangki
pengudara bagi memastikan kandungan bakteria yang mencukupi
untuk meneruskan proses pemecahan bagi kumbahan yang baru.
Selepas itu, efluen akan dipertingkatkan dan/atau dilepaskan
kepada persekitaran.
Kiraan biasa untuk loji-loji FBDAEA adalah seperti berikut:
-
|