|
Lagun-lagun Pengudaraan adalah loji yang
mudah untuk dikendalikan dan diselenggarakan. Walau bagaimanapun,
ia memerlukan kawasan yang luas dan jarang ditemui di kawasan
bandar yang padat.
Selalunya, proses AL melingkungi dua atau tiga lagun dalam
susunan berturut. Lagun yang pertama mempunyai pengudara-pengudara
permukaan, seperti “pencampur dayung” yang besar.
Pengudara ini akan timbul di permukaan kolam dan akan terus
mengacau air kumbahan yang masuk dan ini bertujuan untuk
mengekalkan kandungan oksigen di dalam kumbahan dan mengelakkan
pepejal daripada mendap ke bawah.
Kumbahan mempunyai purata pengekalan
selama lima hari di kolam yang pertama. Sepanjang tempoh
ini, bakteria akan menggunakan oksigen untuk memecahkan bahan
organik di dalam kumbahan.
Efluen disalirkan ke kolam yang kedua
di mana bahan organik ternyahgred dan mendapan akan mendap
dan membentuk enapcemar. Selepas itu, efluen akan disalirkan
ke kolam ketiga untuk dipertingkatkan atau dilepaskan ke
pengairan. Masa pengekalan purata bagi kolam kedua adalah
satu hari.
Berhati-hati apabila menguruskan kolam pemendapan sewaktu
iklim panas. Kolam-kolam ini boleh terjejas akibat pertumbuhan
alga dan/atau bau yang dihasilkan oleh pencernaan anerobik
enapcemar di bahagian bawah kolam. Berpandukan kepada rekabentuknya,
kolam-kolam ini perlu dikosongkan setiap lebih kurang 10
tahun.
Kiraan biasa untuk AL adalah seperti berikut : -
|