 |
Click here for other language: |
|
| Fakta-fakta Pembetungan > Kumbahan |
| |
| Evolusi Rawatan Kumbahan |
|
Ketika masyarakat berpindah
daripada budaya nomad ke pembinaan tapak-tapak kekal, kebimbangan
mengenai penghapusan bahan buangan (pepejal dan air kumbahan)
menjadi isu yang penting. Isu ini telah dihadapi dengan pelbagai
cara dan pengetahuan mengenainya telah bertambah. Sewaktu
masyarakat hidup sebagai pemburu dan pengumpul, pereputan
dikendalikan dengan sampah sarap dan bahan buangan manusia
secara semulajadi. Ketika bandar-bandar membangun, mekanisme-mekanisme
lain adalah diperlukan untuk mengatasi isu bahan buangan
ini. Kita perlu memahami bahawa “sehingga kini, sanitasi
air kumbahan tertumpu kepada mengurangkan risiko kesihatan,
terutamanya penyakit berjangkit. Baru-baru ini, skop isu-isu
bahan buangan telah diperkembangkan dan ia melibatkan risiko-risiko
kesihatan kronik dan kebimbangan persekitaran”. (Burks & Minnis,
1994:1). |
| |
| Rawatan Air Kumbahan
Di Dalam Zaman Purba |
|
> 3500 Sebelum Masihi (SM) Ke 500 Masihi (M) |
|
Semasa tempoh Neolitik (10,000 SM),
pergerakan puak nomad memberi perhatian keada bahan buangan
yang dihasilkan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Pergerakan
nomad ini membenarkan bumi atau tanah untuk merawat bahan
buangan tersebut. Di dalam zaman purba, budaya atau masyarakat
telah membangunkan teknologi-teknologi rawatan bahan buangan.
Ia dapat dibezakan berdasarkan budaya-budaya berbeza yang
dibangunkan. Kota Ur, menjelang 3500 SM, mempunyai purata
populasi sebanyak 65,000 orang setiap batu persegi (kepadatan
populasi tinggi yang menghasilkan bahan bungan yang banyak).
Penduduk bandar tersebut menghadapi masalah bahan buangan
itu dengan menyapu bahan buangan tersebut ke jalan raya.
Ini menyebabkan peninggian jalan raya dan memerlukan kedudukan
pintu yang lebih tinggi. “Amalan-amalan ini sesuai
untuk kampung-kampung kecil separa kekal dan tidak semestinya
sesuai untuk persekitaran bandar” (Savas, 1977:11).
Ia juga tidak sesuai untuk penggunaan kini. Kita boleh membandingkannya
dengan bandaraya-bandaraya di Lembah Indus (kini dikenali
sebagai Pakistan) daripada 2500 ke 1500 SM. Terdapat rumah-rumah
yang mempunyai tandas pam air. Ia juga mempunyai sistem saliran
yang direkabentuk dengan baik. Rumah-rumah juga mempunyai
pelongsor sampah dan terdapat tong-tong sampah di sekitar
bandar untuk penghapusan. Ini merupakan peningkatan yang
tinggi di dalam rawatan bahan buangan. (Kahn, 2000:119; Savas,
1977:11).
Berbalik kepada budaya-budaya Mediterranean,
kita dapat melihat pembangunan di dalam teknologi-teknologi
rawatan bahan buangan. Secara purata, masyarakat di bandar
Herakopolis di Mesir (SM 2100), merawat bahan buangan sama
seperti penduduk di Ur, mereka membuang bahan buangan ke
atas jalan raya. Walau bagaimanapun, “di dalam kuarters
golongan elit dan kuat agama, terdapat usaha yang sengaja
dibuat untuk memindahkan semua bahan buangan, organik atau
bukan organik, ke lokasi-lokasi luar atau kawasan komunal,
dan selalunya ia bermaksud sungai-sungai ". Terdapat
juga ajaran-ajaran agama yang membincangkan masalah bahan
buangan ini. Undang-undang Mosaic (SM 1300) menyatakan "memindahkan
bahan buangan sendiri dan menanamnya di dalam tanah”.
Nehemiah pula menyatakan pembinaan semula di mana terdapat
tempat pembuangan sampah untuk bandaraya tersebut. Talmud
pula meminta jalan raya di Jerusalem dicuci setiap hari.
(Savas, 1977:12).
Budaya Minoan di Pulau Crete di antara
1500-1700 SM mempunyai sistem pengurusan bahan buangan yang
dibangunkan dengan baik. Mereka mempunyai sistem paip yang
maju dan merekabentuk tempat-tempat pembuangan bahan buangan
organik. Bandaraya Knossos, mempunyai laman dalam sepusat
dengan bilik mandi yang diisi dan dikosongkan dengan menggunakan
paip-paip tanah liat. Sistem paip adalah hampir sama dengan
teknik-teknik yang digunakan sekarang. Mereka mempunyai tandas-tandas
pam dengan tempat duduk kayu dan takungan di atas. "Penggalian
menampakkan 4 jenis sistem saliran berasingan besar yang
dikosongkan ke dalam pembetung besar yang dibina daripada
batu.” Kerabat Diraja Minoan merupakan kumpulan terakhir
yang menggunakan tandas pam sehingga pembangunan semula teknologi
tersebut pada tahun 1596. (Kahn, 2000: 119-120).
Tempat buangan sampah yang pertama telah
dibangunkan oleh orang-orang Greek (Athens) lebih kurang
500 SM. Di dalam pembangunan pengurusan bahan buangan, Athens,
di tahun 320 SM, telah meluluskan larangan edik yang pertama
dalam penghapusan bahan buangan ke atas jalan raya. Di dalam
pembangunan seterusnya, menjelang 300 SM, salah satu daripada
tanggungjawab Greek adalah pembuangan bahan buangan. "Perbelanjaan
[untuk pembuangan bahan buangan] didapati daripada levi-levi
ke atas pemilik tanah. Sistem ini berjaya digunakan untuk
lapan ratus tahun, sehingga pemecahan menyeluruh arahan sivik."(Savas,
1977:13). Di dalam penggunaan air, orang-orang Greek memahami
perhubungan di antara kualiti air dan kesihatan awam menyeluruh.
Kebimbangan ini juga dirasai oleh orang-orang Roman.
Amalan pengurusan rawatan bahan buangan bagi orang Roman
merupakan amalan terbaik yang telah dibangunkan bagi tamadun
sebelum abad ke-19. Malah, sistem-sistem pengurusan bahan
buangan Roman ini adalah lebih baik daripada sistem-sistem
di zaman pertengahan. Masyarakat Roman adalah maju secara
teknologi. Kita dapat melihat buktinya di bangunan-bangunan,
jalan raya dan akueduk mereka yang masih ada dan kadang-kadang
masih digunakan. Kebimbangan orang-orang Roman tentang air
telah digambarkan dengan baik di dalam akueduk mereka. Mereka
membangunkannya untuk menyediakan air kepada bandar-bandar.
Air digunakan untuk mandi, air pancut, kegunaan awam dan
pam pembetung. Masyarakat Roman juga mementingkan pencarian
bekalan-bekalan air yang baik dan juga air tulen, seperti
yang ditekankan oleh jurutera dan pakar perubatan purba.
(History of Technology Vol. II., 1956: 660-674).
Republik Roman yang awal juga menitikberatkan penyambungan
bekalan air bandar, dan juga pembinaan akueduk. Menjelang
125 SM, bekalan air bagi bandar tersebut telah berganda untuk
memenuhi perkembangan pesat (History of Technology Vol. II.,
1956:670). Pembangunan akueduk-akuduk tersebut memerlukan
kemahiran kejuruteraan. Kita perlu memahami bahawa akueduk
yang dibina oleh orang-orang Roman adalah berbeza. Akueduk
dibina di setiap empayar, dan kebanyakan sistemnya terletak
di bawah tanah. Kita cuma melihat sebahagian kecil daripadanya.
Masyarakat Roman menggunakan air untuk pelbagai kegunaan
dan terutamanya di Rom, ia digunakan untuk mengepam pembetung. “Masyarakat
Roman menggunakan alatan-alatan mengangkat air untuk menghantar
hampir kesemua bahan buangannya ke Sungai Tiber melalui pembetung
terbuka seawal abad keenam SM. Menjelang abad ketiga, pembetungan
di Rom merupakan rangkaian bawah tanah berkubah yang dipanggil
Cloaca Mixima" (Burks & Minnis, 1994:1). Projek-projek
pembinaan ini disambung dan “menjelang abad keempat
M, Rom mempunyai 11 bilik mandi awam, lebih daripada 1300
air pancut awam dan 856 bilik mandi persendirian. Mereka
bukan sahaja mempunyai tandas-tandas pam-air persendirian,
malah terdapat juga untuk kegunaan awam. Pada [C.E.], 315
Rom mempunyai 144 [tandas-tandas pam-air awam] " (Kahn,
2000:121).
Walaupun dengan kemajuan ini dan pengurusan bahan buangan,
Rom masih merupakan bandar yang tidak sihat. Pembuangan kumbahan
ke Sungai Tiber and penghapusan bahan buangan ke luar bandar,
masih menyebabkan kebimbangan mengenai kesihatan. (Savas,
1977:14). Kejatuhan Rom, pada abad kelima M, menandakan berakhirnya
pembangunan paip. (Burks & Minnis, 1994:2). Malahan, "dengan
kejatuhan empayar [Roman], kekurangan kuasa pusat dan dana-dana
awam yang mencukupi telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan-perkhidmatan
awam. Organisasi mereka ditinggalkan kepada orang persendirian
atau pihak berkuasa perbandaran. Hanya di beberapa pusat
bandar yang masih mempunyai saki baki sistem-sistem Roman. " (History
of Technology, Vol. II, 1956:689). |
| |
| Rawatan Air Kumbahan Di Dalam
Zaman Pertengahan |
| > 500
Masihi (M) To 1500 Masihi (M) |
|
Kejatuhan Empayar Roman di barat telah
menukarkan masyarakat bandar ke luar bandar. “Menjelang
500 [M], ‘paip telah ditutup di sekitar Eropah; ia
tidak akan dipasang semula untuk hampir seribu tahun: Teknologi
sanitasi telah memasuki Zaman Kelam’" (Kahn, 2000:121).
Terdapat pengurangan penduduk yang mendadak di Rom dan kebanyakan
Eropah barat. Perubahan ini juga telah merubah rawatan bahan
buangan. "Pengurangan kepadatan penduduk, dengan itu,
kaedah-kaedah tradisional yang dijalankan bagi penghapusan
bahan buangan adalah lebih berjaya. " (Savas, 1974:14).
Tambahan pula, tanpa pemantauan pembetungan dan jalan raya,
keadaan-keadaan yang bersih juga tidak akan mematuhi Piawaian
Empayar Roman (History of Technology, Vol. II., 1956:689-690).
Keruntuhan sanitasi ini membawa balik kaedah “luar
rumah, parit terbuka dan bekas kebuk ...di semua lapisan
masyarakat " (Kahn, 2000:122).
Kehilangan pengetahuan dan amalan-amalan
kebersihan telah menyebabkan pelbagai masalah. Semasa zaman
pertengahan, “amalan-amalan lama untuk mengasingkan
air minuman dan bahan buangan manusia telah ditinggalkan,
dan bahan buangan manusia boleh berpindah daripada lubang
bahan buangan ke telaga. Wabak telah menular, tetapi perkaitan
di antara najis dan penyakit tidak diambil kira." (Burks & Minnis,
1994:2). Di zaman pertengahan, penduduk membuang bahan buangan
ke atas jalan raya. “ Longkang-longkang terbuka di
tengah jalan akan dipenuhi sampah, manakala air hujan yang
turun daripada atap, tidak disalirkan dengan baik. Jalan
raya juga jarang diturap dan dan selalunya lopak lumpur daripada
bahan buangan khinzir atau binatang-binatang lain yang telah
memasuki telaga-telaga dan tanah persendirian" (History
of Technology Vol. II, 1956:690). Tabiat kehidupan luar bandar,
yang mungkin tidak berbahaya kepada ladang, boleh atau telah
dibuktikan boleh membawa maut di kawasan bandar-bandar membangun
di Eropah semasa zaman pertengahan. Sepanjang era zaman pertengahan,
bandar-bandar semakin membangun. Saiz bandar ditentukan oleh
dinding-dinding; ini telah meningkatkan kepadatan populasi,
dan dengan penduduk yang masih mengamalkan tabiat-tabiat
kehidupan luar bandar, potensi untuk penyakit telah meningkat.
Semasa tempoh ini, sungai-sungai di dua bandar utama Eropah,
London dan Paris, telah menjadi pembetungan terbuka. (Savas,
1974:14 and Kahn, 2000:122-124).
Keadaan sanitasi di bandar-bandar mengakibatkan penyakit
dan kematian yang menjadi-jadi di zaman pertengahan. Bahan
buangan dan najis akan menjadi makanan untuk tikus-tikus
yang akan membawa pepijat dan kutu-kutu yang berpenyakit
kepada manusia. "Penyakit yang berkaitan dengan bahan
buangan manusia telah mengakibatkan kematian beribu-ribu
manusia di Zaman Pertengahan. Ini meliputi disentri, tifus
(yang datang daripada sanitasi yang tidak baik dan boleh
berjangkit) dan demam kepialu (daripada najis dan air kencing
manusia) " (Kahn, 2000:124). Dengan pembangunan perbandaran,
keadaan di bandar-bandar dan bandaraya-bandaraya zaman pertengahan
adalah sangat lemah. Kebimbangan masyarakat Greek dan Roman
mengenai air yang selamat juga telah dilupakan pada ketika
itu. Begitu juga dengan teknologi-teknologinya.
Perubahan mula berlaku dengan berlalunya zaman pertengahan.
Kebanyakan perubahan di dalam isu-isu air telah dipelopori
oleh arahan-arahan keagamaan. "Berhampiran Dengan Milan,
masyarakat Cistercian memperkenalkan penggunaan bahan buangan
dan air kumbahan sebagai baja untuk ladang-ladang mereka
pada kira-kira 1150 M (History of Technology Vol. II, 1956:681-690).
Walaupun di masa yang tidak bersih dahulu, “kebanyakan
gereja mempunyai air paip sebelum 1200 [M]. Sebagai contoh,
biara Christchurch di Canterbury, mempunyai aliran air, tangki-tangki
penulenan, saliran kumbahan daripada tandas-tandas dan biara
ini selamat daripada Black Plague pada tahun 1349" (Kahn,
2000:122).
Menjelang akhir abad ke 12 dan permulaan
abad ke-13, perubahan-perubahan mula berlaku. Berikutan
kepada wabak yang berlaku pada abad ke-12, pengurusan bahan
buangan
diberi keutamaan. Pada tahun 1372, Edward the Third of England
mengisytiharkan “pembuangan rushes, najis
binatang, sampah sarap dan bahan-bahan lain yang kotor dan
merbahaya
ke [Thames] tidak akan dibenarkan lagi " (Savas, 1974:15).
Berikutan itu, pada tahun 1388, satu akta Parlimen “melarang
pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang-longkang, sungai-sungai
dan perairan”. Menjelang akhir abad ke-14, London mempunyai
sistem pebangkai yang teratur (masyarakat akan mengutip binatang-binatang
yang mati); tetapi "akhirnya, undang-undang dan pembangkaian
cenderung untuk menjadi tidak berkesan. Ini bukan disebabkan
oleh kejahilan tetapi pesalah-pesalah tidak dapat memikirkan
alternatif-alternatif yang mencukupi kepada kaedah-kaedah
penghapusan dan pengumpulan yang sedia ada. Tambahan pula,
pendapat yang popular adalah menentang langkah-langkah tersebut,
kecuali di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap pencemaran
yang tinggi" (Savas, 1974:15-16, History of Technology
Vol. II, 1956:691).
Semasa zaman Pembaharuan, perhatian yang
lebih telah diberikan kepada isu-isu kesihatan dan air. Penakung
najis merupakan salah satu daripada pembangunan teknikal
sebagai zaman pembaharuan. Ia merupakan penakung yang mudah,
yang membenarkan pepejal untuk mendap dan cecair dan meresap
ke tanah. Penakung-penakung ini perlu dibersihkan secara
berjadual (Burks & Minnis, 1994:3). Menjelang akhir abad
ke-15, terdapat perubahan-perubahan lain di dalam pengurusan
bahan buangan yang memberi kesan kepada sanitasi. Henry the
VI (England) menubuhkan Commission of Sewers, yang “disediakan
untuk hukuman berat bagi pencemaran sungai-sungai dan membuat
peruntukan khas untuk penghapusan bahan buangan bagi pembuat
bir dan penyamak kulit binatang.” Henry the VII mengharamkan
rumah-rumah penyembelihan di bandar-bandar disebabkan oleh
bahaya wabak kepada masyarakat (Savas, 1974:16). Menjelang
akhir abad ke-15, terdapat kesedaran yang baru tentang peranan
bahan buangan manusia dan binatang ke atas kesihatan manusia.
|
| |
| Rawatan Air Kumbahan di Zaman
Moden: 500 M To 1900 M |
|
Di permulaan zaman moden, masih terdapat
perubahan kecil di dalam pemahaman dan penghapusan bahan
buangan manusia. Bahan buangan masih dibuang ke dalam sungai-sungai
dan sumber air masih tercemar. Amalan-amalan ini masih kekal
sehingga Zaman Baru. Dengan pertambahan pembangunan di bandaraya-bandaraya,
koloni-koloni perlu mengatasi isu bahan buangan. Pada tahun
1644, setelah 18 tahun menguasai Pulau Manhattan, "penduduk-penduduk
diarahkan untuk mengambil bahan buangan ke luar kota”,
dan pada tahun 1648, satu undang-undang digubal untuk melarang
khinzir-khinzir dan kambing-kambing daripada berkeliaran
di jalan raya. (Savas, 1974:17-19). Perubahan besar di dalam
rawatan air kumbahan mula berlaku pada abad ke-19.
Pada tahun 1860, Louis Moureas mencipta “tangki
septik”, tetapi, ia tidak dipanggil dengan nama ini
sehingga 1895. Pada peringkat ini, tangki-tangki septik adalah
besar dan digunakan untuk merawat kumbahan daripada komuniti-komuniti. “Tujuan
utama penggunaan tangki ini adalah untuk menyingkirkan pepejal
kasar sebelum dilepaskan ke sungai-sungai berdekatan.” Di
sini, kita dapat melihat pemahaman penyingkiran pepejal yang
mungkin menyebabkan masalah kepada kesihatan awam. Walau
bagaimanapun, satu masalah masih kekal: "efluen tidak
dirawat dan menyebabkan pencemaran sungai " (Kahn, 2000:135-136).
Pencemaran air tidak dapat diselesaikan dengan penggunaan
tangki septik. Walaupun dengan pra-rawatan, teknologi pembuangan
masih diperlukan.
Pada tahun 1868, Edward Frankland telah
membangunkan teknologi penapis pasir cucuran. Beliau mencipta
sistem yang meliputi silinder-silinder yang mempunyai ketinggian
enam kaki dan kelebaran sepuluh inci dan setiap silinder
diisi sama ada dengan pasir atau tanah. Kemudian, kumbahan
disalirkan dengan dos–dos yang berbeza menerusi tangki-tangki
yang berlainan Beliau mengira kebolehan media-media yang
berbeza di dalam menulenkan air kumbahan. Malangnya, maklumat
tidak mencukupi untuk dilaporkan pada masa itu. Stesen Eksperimen
di Lawrence, Massachusetts, dibina pada 1887, oleh Massachusetts
State Board of Health menumpukan kepada isu-isu penghapusan. "Pada
tahun 1893, sebuah tapak pasir digunakan buat pertama kalinya
di stesen tersebut untuk menuras efluen daripada tangki septik,
mengurangkan kawasan-kawasan tanah yang diperlukan untuk
penghapusan kumbahan. Kadar-kadar penerimaan tanah diperkenalkan
untuk mengekalkan penuras pasir yang berkesan” (Burks & Minnis,
1994:3-5).
Apakah yang menyebabkan perubahan-perubahan
ini? Penyakit – ia menyebabkan pembangunan penghapusan
dan sistem paip. Kesengsaraan di abad ke-19 adalah kolera.
Perbandaran bandar-bandar dan revolusi perindustrian dan
juga peningkatan populasi telah meningkatkan bahan buangan
manusia. Pada pertengahan abad ke-19, wabak kolera telah
berlaku di seluruh dunia. Keadaan kolera adalah lebih teruk
di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk miskin, tetapi
masyarakat mewah juga tidak imun (Kahn, 2000:123-125). Pakar
perubatan England, John Snow menjumpai perkaitan di antara
kolera dan air. Beliau mengesan wabak ini daripada puncanya
di India dan laluannya ke Eropah. Snow mengesan pencemaran
di telaga-telaga awam, yang dicemarkan oleh tandas di dalam
wabak pada tahun 1854 di London. (Kahn, 2000:125, Burks & Minnis,
1994:2-4). Dengan itu, pembetung dicipta."Jurutera-jurutera
Britain telah mengetuai pembinaan pembetung dan pengasingan
bahan buangan daripada air minuman." (Kahn, 2000:125).
Tetapi, ini hanya mengatasi isu sanitasi kepada sungai. Pencemaran
sungai-sungai, terutamanya Thames di London, menunjukkan
keperluan sistem kumbahan. Keperluan untuk mengatasi isu
kesihatan di bandar-bandar utama telah menandakan abad ke-19
sebagai permulaan kepada sosialisme perbandaran (Savas, 1974:19-20).
Contoh bagi usaha ini adalah bandaraya New York.
|
| |
| Kajian kes – Pembangunan
Rawatan Air Kumbahan di Bandaraya New York |
|
Bandaraya New York menyediakan kajian
kes yang sangat baik di dalam pembangunan pengurusan air
kumbahan. Pada abad ke-19, bandaraya New York merupakan bandar
yang membangun, yang kekurangan infrastruktur untuk mengatasi
air kumbahan. Pada awal abad tersebut, “masyarakat
mendapat bekalan air daripada telaga-telaga, tangki dan bertanggungjawab
untuk membuang bahan buangan.” (Goldman, 1997:11).
Bekalan air dan penghapusan bahan buangan merupakan hal-hal
peribadi di bandaraya. Usaha bandaraya untuk menguruskan
bahan buangan adalah tidak berkesan. Setiap rumah bertanggungjawab
untuk penghapusan bahan buangan sendiri dan ini bermaksud
pembinaan tandas. "Peraturan dimandatkan supaya tandas-tandas
dibina daripada batu, mortar, batu-bata dan digali dengan
kedalaman sekurang-kurangnya lima kaki." Tandas-tandas
yang sudah siap perlu diperiksa. Walaupun dengan kod yang
ketat, petisyen-petisyen untuk tandas-tandas kayu juga kadang-kadang
diluluskan. Bandaraya hanya akan terlibat jika tandas-tandas
ini mengancam kesihatan awam secara terang-terangan. Kebimbangan
yang lain adalah tandas-tandas ini berfungsi untuk simpanan
sementara bahan buangan, dan bukan simpanan kekal. (Goldman,
1997:19-21).
Pemahaman rawatan bahan kumbahan adalah terhad pada masa
itu. “Kepercayaan yang pengaliran air akan menulenkan
efluen dipegang secara meluas semasa pertengahan pertama
abad ke-19. Dengan itu potensi untuk pencemaran air tidak
menimbulkan kebimbangan mengenai akibatnya. " (Goldman,
1997:22). Dari semasa ke semasa, kita dapat melihat bahawa
rawatan adalah untuk membuang efluen daripada tandas-tandas
terus ke sungai. Rawatan bahan buangan di tapak ada turn
naiknya. Tetapi, bandaraya tersebut mempunyai sistem pembetung.
Sistem tersebut yang wujud pada awal abad ke-19, dibangunkan
untuk mengendalikan air hujan. Penggunaan sistem-sistem pembetung
ini adalah terhad disebabkan bekalan air yang terhad, yang
mana air diperlukan untuk mengepam bahan buangan menerusi
pembetungan. Sebelum tahun 1840, pembangunan pembetungan
adalah terhad; dengan pengecualian beberapa kawasan masyarakat
mewah, kebanyakan bandaraya telah bergelumang di dalam kelembapan.
Air banjir membawa sampah sarap dan bahan buangan binatang
menerusi jalan raya. “Pembetung-pembetung yang digunakan
pada masa dahulu adalah parit-parit yang diletakkan di tengah-tengah
bahagian tepi jalan raya. " Ini menyebabkan masalah
kesihatan, kerana matahari akan memanaskan air dan mempercepatkan
pereputan dan ini akan menghasilkan bru yang tidak sihat.
(Goldman, 1997:40-45). Pada permulaan abad ke-19, rawatan
bahan buangan di Bandaraya New York menunjukkan perubahan
kecil berbanding dengan penghujung zaman pertengahan.
Dalam tempoh ini, pembetungan dijalankan
daripada satu jalan ke jalan yang lain. Proses ini akan terhalang
jika terdapat masyarakat yang menentang pembetungan. Pada
masa itu, mereka yang menentang penggunaan pembetung “merasa
takut yang pembetung-pembetung ini adalah tidak sihat dan
menghasilkan bau-bau yang tidak menyenangkan”. Sistem
ini menghalang sebarang kemungkinan sebuah sistem bersepadu
yang teratur. Tiada rekabentuk menyeluruh untuk bandaraya
tersebut bagi penghapusan air hujan dan air kumbahan. (Goldman,
1997:44-46). Bekalan air yang terhad menyebabkan sistem penghapusan
bahan buangan berasaskan-air tidak dapat dibuat. Walau bagaimanapun,
dengan kehadiran akueduk Croton, air telah mengalahkan sistem-sistem
pembetung sedia ada. Ini memerlukan perubahan pemikiran mengenai
sistem penghapusan berasaskan air.
Menjelang akhir tahun 1860, pakar-pakar perubatan dan jurutera-jurutera
merupakan sebahagian daripada pengurusan bandaraya secara
sepenuh masa dan sepanjang tahun (Goldman, 1997:146). Perubahan
ini memberi kesan yang besar kepada pembangunan isu-isu kesihatan
awam dan juga pembetungan bandaraya. Jabatan Akueduk Croton
telah menyediakan 39,000 kaki linear pembetung pada tahun
1865. Menjelang akhir dekad tersebut, jabatan tersebut telah
menyediakan 271, 000 kaki linear pembetung lagi. Mereka telah
menyalirkan bandaraya tersebut. "Setiap daerah dikendalikan
sebagai sebuah entiti dan dirawat secara keseluruhan. Satu
sistem penyekatan pembetung telah dirancang dan mengambil
kira gred jalan raya dan jumlah kumbahan terlibat. Matlamatnya
adalah untuk memastikan aliran yang lancar dan berterusan
daripada paip-paip kecil ke paip-paip besar dan akhirnya
ke tapak-tapak terhad untuk penghapusan ke sungai-sungai. " (Goldman,
1997:158).
Bandaraya telah meletakkan sumber ekonomi untuk membina
pembetung-pembetung kepada jurutera-jurutera. Mereka telah
membina satu sistem penghapusan air kumbahan yang menyeluruh.
Tetapi, sehingga tahun 1880, projek itu masih tidak dapat
disiapkan. Di beberapa kawasan masyarakat mewah, masalah-masalah
masih wujud. "Pemilik harta telah membina longkang-longkang
rumah tetapi tidak menyambungkannya kepada pembetung-pembetung.
Ini menyebabkan kumbahan dilepaskan ke atas batu-batan di
atas jalan raya. Pada masa yang lain, kandungan longkang-longkang
tersebut dilepaskan ke saluran air bawah tanah. Selalunya,
pemilik harta terdorong kepada ekonomi dan mengabaikan kepentingan
keberkesanan dan kecekapan" (Goldman, 1997:162). Tugas
untuk membangunkan pembetungan bagi New York memakan masa
yang lama dan sukar. Matlamat untuk membentungkan bandaraya
itu tercapai dengan dana-dana awam yang didesak oleh kebimbangan
kesihatan awam.
Masalah-masalah rawatan dan penggunaan
semula air kumbahan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada
kebimbangan masyarakat. Pembangunan loji-loji rawatan besar
atau perbandaran, yang dianggap sebagai penyelesaian di pertengahan
abad ke-19, bukan lagi dianggap sebagai jawapan. Kos untuk
pembinaan loji-loji ini adalah terlalu tinggi dan kebanyakan
majlis perbandaran tempatan tidak mampu untuk membinanya,
dan kerajaan nasional tidak membantu untuk menaja pembinaan
loji-loji tersebut. Ini terbukti di Environmental Protection
Agency's Response to Congress On Use of Decentralized Wastewater
Treatment Systems pada tahun 1997 (EPA 832-R-97-001b).
|
| |
|
|