Sewerage Facts
   
   
Sewage
Sewage Treatment Plant
Effluent Standards
Individual Septic Tanks (IST)
Population Equivalents (PE)
Water Cycle
Confined Space
Ammonia
Lighter Side
   
   
Sewage Characteristics
Sewage Treatment Objectives
Sewage Treatment Methods
Sewage Treatment System
The Evolution Of Sewage Treatment
   
Click here for other language :
Fakta-fakta Pembetungan > Kumbahan
 
Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan

Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai tahap rawatan. Rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasi-operasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses unit biologi dan kimia manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi ketiga-tiga proses.

 
Rawatan Permulaan Kumbahan

Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.

 
Rawatan Utama Kumbahan

Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.

 
Rawatan Sekunder Tambahan

Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan proses-proses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder kumbahan.

 
Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan

Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.

Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan sekunder.

 
Pengaliran masuk kumbahan Rawatan Permulaan Rawatan Utama Rawatan Sekunder Rawatan Peringkat Tinggi Pelepasan efluen
           
pemeriksaan pemendapan enapcemar teraktif penurasan
penyingkiran batu-batu halus pengapungan penurasan bio penyahjangkitan
tangki gris   pemendapan kolam-kolam peringkat tinggi
pra-pengudaraan    
pengukuran aliran
keseimbangan aliran
penyingkiran kain buruk, sampah sarap, batu-batu halus, minyak, gris penyingkiran bahan-bahan terapung dan termendap rawatan biologi untuk menyingkirkan bahan organik dan pepejal terapung rawatan biologi dan kimia untuk menyingkirkan nutrien dan patogen