|
Dengan bertambahnya bilangan
penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar,
mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa
masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan
yang lebih teratur.
Sejak awal tahun 1900,
evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan moden
menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan
ke perairan dengan selamat.
Lebih banyak pembangunan
rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap
kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan.
Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan mengurangkan
kawasan yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan
mempercepatkan kadara rawatan biasa di bawah syarat-syarat
terkawal.
Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan
kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan
terapung, rawatan organik terbiodegradasikan dan penyingkiran
organisma-organisma patogenik.
Kaedah-kaedah rawatan
kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasi-operasi
unit fizikal, proses-proses unit kimia dan proses-proses
unit biologi.
|