 |
Click here for other language: |
|
| Program Pendidikan Pembetungan untuk
Sekolah-Sekolah |
|
Sebagai usaha berterusan IWK untuk mendidik rakyat
Malaysia tentang sistem dan perkhidmatan pembetungan yang moden
dan efisien untuk negara kita, IWK telah menyediakan satu program
pendidikan khas, yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan
dan semua Jabatan Pendidikan Negeri, mengenai perkhidmatan pembetungan
untuk pelajar-pelajar di Tingkatan 4, 5 dan 6 sejak tahun 2001.
Sehingga kini, lebih 3,000 orang pelajar daripada 30 sekolah menengah
di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah menyertai program ini. |
| |
 |
Program khas ini akan membincangkan
topik-topik utama seperti berikut: - |
| |
Pembangunan dan penyelenggaraan
sistem pembetungan negara |
| |
Manfaat dan pentingnya sistem/perkhidmatan
pembetungan yang moden dan efisien |
| |
Usaha bersatu rakyat Malaysia,
Kerajaan dan IWK melindungi dan mengekalkan kebersihan alam
sekitar negara kita |
| |
|
|
Program yang mengambil masa setengah hari ini meliputi tayangan
video, taklimat, sesi soalan/jawapan dan satu pameran mini
mengenai sistem/perkhidmatan pembetungan yang sedia ada
dan sedang dijalankan oleh IWK.
Guru sekolah yang berminat untuk menyertai
atau mendaftarkan sekolah dalam program "percuma" ini
boleh mengirimkan atau fakskan (03-2095 5009) surat bersama
maklumat-maklumat berikut
kepada: Jabatan Komunikasi, Indah Water Konsortium Sdn Bhd,
Aras 1 - 4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490
Kuala Lumpur atau melalui e-mel comms@iwk.com.my
|
| |
Nama, alamat dan nombor telefon
sekolah |
| |
Nama Guru |
| |
Cadangan tarikh dan waktu (sila
maklumkan 10 hari bekerja lebih awal) |
| |
Jumlah pelajar |
| |
|
IWK akan mengesahkan
tarikh dan masa untuk mengadakan taklimat melalui telefon dan
surat kepada guru yang bertugas. |
| |
|
|
| |
|