 |
Click here for other language: |
 |
| |
| F.A.Q > Pelanggan
Domestik |
| Tahukah Anda? |
| 01. Pelanggan IWK |
Sepertimana yang telah ditakrifkan
di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993, pelanggan IWK ialah
orang, firma, badan korporat
atau entiti yang telah ditetapkan di bawah undang-undang sebagai
pemunya atau penghuni premis yang terletak di dalam kawasan operasi
Pihak Berkuasa Tempatan dan menggunakan sama ada tangki septik
individu atau sistem pembetungan jenis bersambung (ke loji rawatan
kumbahan
awam) yang telah diserahkan kepada IWK oleh Jabatan Perkhidmatan
Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi atau pengguna
yang menggunakan sistem pembetungan yang telah ditentukan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan. |
| |
|
02. Definisi Premis Domestik |
Premis domestik ertinya mana-mana premis yang dibina,
didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif
bagi kediaman penduduk. |
|
| |
03. Definisi Kuarters Kerajaan |
| Kuarters kerajaan ertinya mana-mana
premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk
digunakan secara eksklusif
bagi kediaman kakitangan Kerajaan di Gred A, B, C, D, E, F, G,
H & I,
sepertimana yang ditakrifkan di dalam Perintah Am Kerajaan (Bab
E) |
|
| |
04. Premis Bertangki Septik |
|
Premis yang mempunyai tangki septik akan dikenakan caj setiap
enam bulan sekali sebanyak RM36.00 atau RM6.00 sebulan. IWK akan
menjalankan
perkhidmatan pengosongan secara berjadual lebih kurang setiap dua
tahun sekali. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta perkhidmatan
ini, selepas perkhidmatan pertama atau sebelum perkhidmatan yang
akan dijadualkan, tanpa caj tambahan melainkan caj pembetungan
yang dikenakan setiap enam bulan sekali.
Sila hubungi IWK di talian 1-800-88-3495 atau
pejabat operasi IWK yang berhampiran dengan anda jika tangki septik
premis memerlukan
perkhidmatan
pengosongan. |
|
| |
05. Mengenalpasti Tangki Septik |
Tangki septik biasanya dibina di bawah tanah dan berada
di luar premis sama ada di bahagian hadapan, tepi
atau
belakang
premis. Ia mempunyai 2 - 4 penutup logam yang bersegi empat tepat.
Penghuni atau pemilik premis bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan
tangki
septik
tersebut. IWK hanya menyediakan perkhidmatan pengosongan
tangki septik sahaja. |
|
| |
06. Pengosongan Tangki Septik Mandatori |
Penghuni atau pemilik premis yang enggan menerima
perkhidmatan pengosongan tangki septik oleh IWK adalah
akan dikenakan saman jika didapati
bersalah sepertimana yang terkandung
di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993.
|
| |
|
07. Perkhidmatan Pembetungan Bersambung |
|
Premis yang mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung ke loji
rawatan kumbahan akan dikenakan caj pembetungan sebanyak RM48.00
setiap enam bulan atau RM8.00 sebulan. Anda boleh mengenalpasti
perkhidmatan bersambung ini jika anda lihat adanya satu penutup
logam bersegi empat tepat, dipanggil lurang pemeriksaan, di luar
rumah anda sama ada di bahagian tepi, hadapan atau belakang. Seluruh
kawasan anda dianggap mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung
sekiranya terdapat lurang pembetungan dengan penutup logam bulat
di atas jalan raya di sekitar kawasan premis anda.
Di dalam lurang pembetungan, terdapat paip-paip
pembetungan yang menyambungkan sistem pembetungan premis-premis
ke loji rawatan
kumbahan. Ia juga digunakan untuk memeriksa masalah pembetungan
dan membersihkannya. Adalah salah di sisi undang-undang jika orang
awam membuka lurang pembetungan tanpa kelulusan daripada IWK atau
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi.
Kebiasaannya, anda tidak akan berjumpa dengan kakitangan
IWK di premis anda kerana kerja-kerja kami adalah di loji rawatan
kumbahan awam dan penyelenggaraan paip-paip pembetungan di atas
jalan raya awam. Anda akan berjumpa dengan kakitangan atau
wakil IWK apabila anda memanggil kami untuk membersihkan paip pembetungan
awam yang tersumbat atau mengalami masalah pembetungan.
|
|
| |
08. Sampah Sarap |
Membuang sampah sarap/pepejal seperti napkin bayi
dan tuala wanita, surat khabar, majalah dan lain-lain ke dalam tandas,
tangki septik atau lurang pemeriksaan akan menyekat saliran paip
pembetungan awam dan di dalam premis. Ini akan mengakibatkan air
kumbahan melimpah ke dalam tandas, bilik air atau dapur premis anda.
Untuk mengelakkan paip pembetungan tersumbat, sila pastikan
anda dan penghuni premis anda tidak membuang sampah sarap ke dalam
tandas, tangki septik atau lurang pemeriksaan. |
|
| |
09. Perkhidmatan Atas Permintaan |
|
Di dalam lurang pemeriksaan terdapat saliran-saliran kumbahan
yang menyambungkan paip-paip pembetungan premis anda kepada paip
pembetungan awam dan ia juga digunakan untuk memeriksa dan mengeluarkan
bahan-bahan yang tersekat di dalam saliran paip pembetungan awam
atau premis anda.
Untuk mengeluarkan sekatan daripada saliran paip pembetungan awam,
anda tidak perlu membayar untuk perkhidmatan ini kerana IWK adalah
bertanggungjawab di atas penyelenggaraan paip tersebut.
Sekiranya terdapat sekatan di dalam saliran paip pembetungan
dalam premis, anda akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM180.00
setiap kali perkhidmatan dijalankan. Pembayaran hendak dijelaskan
selepas sekatan dikeluarkan. Sila dapatkan resit pembayaran daripada
kakitangan atau wakil IWK.
Sekiranya terdapat kerosakan pada saliran paip pembetungan di
dalam premis, penghuni iaitu pemilik atau penyewa perlu mendapatkan
khidmat kontraktor persendirian, atas pembiayaan sendiri, untuk
menggantikan/membaiki paip tersebut. IWK akan membekalkan nama
kontraktor atas permintaan daripada penghuni premis.
|
|
| |
10. Bil Pembetungan Setiap Tiga Bulan Sekali |
Anda boleh memohon agar bil perkhidmatan pembetungan
dihantar setiap tiga bulan sekali selepas menjelaskan dengan sepenuhnya
tunggakan bil perkhidmatan pembetungan. Sila lengkapkan dan kembalikan
kepada IWK borang permohonan di muka belakang bil perkhidmatan pembetungan. |
|
| |
11. Premis Tidak Berpenghuni |
|
Premis yang tidak berpenghuni bagi tempoh minimum 6 enam adalah
layak untuk dikecualikan daripada caj perkhidmatan pembetungan.
Walau bagaimanapun, anda perlu mengirimkan kepada IWK sesalinan
Penyata Akaun Air yang menunjukkan tiada penggunaan air semasa
premis tersebut tidak berpenghuni. Sekiranya bekalan air telah
ditamatkan, sila kirimkan kepada IWK sesalinan surat atau resit
pembayaran terakhir yang dikeluarkan oleh Syarikat/Pihak Berkuasa
Air.
Dokumen daripada Tenaga Nasional Berhad juga boleh digunakan
sebagai penggantian untuk membuktikan tiada penggunaan elektrik
semasa premis tersebut tidak berpenghuni. Bukti-bukti tiada penggunaan
air dan/atau elektrik perlu dibekalkan kepada IWK sekiranya premis
anda tidak berpenghuni secara berterusan. |
|
| |
12. Premis Kos Rendah |
Hanya premis yang mempunyai Nilai Tahunan tidak melebihi
RM600.00 sahaja yang layak dikenakan caj perkhidmatan pembetungan
sebanyak RM12.00 setiap enam bulan atau RM2.00 setiap bulan. Sila
kirimkan kepada IWK satu salinan Bil Taksiran atau surat daripada
Pihak Berkuasa Tempatan jika premis memenuhi syarat yang dinyatakan |
|
| |
13. Pembayaran Bil Perkhidmatan Pembetungan |
|
Pembayaran secara tunai sahaja boleh dibuat di semua cawangan
Pos Malaysia yang berkomputer dan Bank Simpanan Nasional.
Pembayaran secara tunai atau cek boleh dibuat
di Maybank, Mayban Finance, Public Bank & Finance, Arab-Malaysian
Bank & Finance,
semua pejabat IWK, Ibu Pejabat IWK di Aras 1, Blok J, Pusat
Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur atau menggunakan sampul surat
setem berbayar IWK yang dikirimkan bersama Bil Perkhidmatan
Pembetungan.
Pembayaran melalui perbankan internet boleh dibuat
melalui "Maybank2U.com.my" untuk
pemegang akaun Maybank sahaja dan "MBf Call & Click & Pay" untuk
pemegang kad kredit Master sahaja.
|
| |
14. Penukaran Hak Milik Premis |
Anda perlu mengirimkan satu salinan muka surat pertama,
kedua serta dua muka surat yang terakhir daripada Surat Perjanjian
Jual-Beli yang menunjukkan tarikh perjanjian ditandatangani, nama
pembeli dan penjual, alamat harta dan tandatangan semua pihak yang
berkenaan. Ini adalah untuk memastikan maklumat pemilik pada Akaun
Pembetungan premis tersebut adalah betul dan tepat. |
|
| |
15. Tanggungjawab Pemilik Atau Penghuni Premis |
|
Penghuni iaitu pemilik atau penyewa premis adalah bertanggungjawab
ke atas pembayaran Bil Perkhidmatan Pembetungan bagi perkhidmatan
pembetungan yang telah disediakan oleh IWK.
Sekiranya, penghuni atau penyewa gagal menjelaskan pembayaran
Bil Perkhidmatan Pembetungan, pemunya premis adalah bertanggungjawab
ke atas caj perkhidmatan pembetungan yang tertunggak. Ini terkandung
di dalam Peraturan-Peraturan Caj Perkhidmatan Pembetungan (11),
Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993, yang menyatakan bahawa "Pemunya
dan penghuni sesuatu premis yang kepadanya perkhidmatan pembetungan
diberikan oleh IWK di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah,
sebagai pengguna, bertanggungan bersama dan berasingan untuk membayar
caj pembetungan, dengan syarat pemunya premis, hendaklah tanpa
apa-apa perjanjian sebaliknya, berhak untuk mendapatkan kembali
daripada penghuni premis tersebut apa-apa caj yang dibayarnya sewaktu
menghuni"
|
| |