 |
Click here for other language: |
|
|
Indah Water Konsortium (IWK), syarikat pembetungan nasional, bertekad
untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan yang efisien dan mesra
alam kepada semua rakyat Malaysia. Perkhidmatan-perkhidmatan ini
dipantau dan diteliti untuk pembaikan yang berterusan. |
| |
| Lurang Pembetungan Melimpah |
| Kadang kala, pengaliran air kumbahan di dalam saliran
paip pembetungan bawah tanah tersekat oleh pepejal/sampah sarap.
Apabila ini berlaku, air kumbahan akan melimpah di lurang pembetungan.
IWK adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan sekatan menggunakan
pancutan air tekanan tinggi, penyedut berkuasa tinggi dan / atau
penjolok mekanikal dalam tempoh 24 jam daripada masa maklumbalas
diterima.Anda boleh membantu mencegah limpahan ini dengan tidak membuang
sampah sarap ke dalam tandas atau sistem pembetungan di dalam premis. |
| |
|
| |
| Penutup Lurang Pembetungan Hilang |
Kawasan-kawasan yang mempunyai
sistem pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan ada lurang
pembetungan di sepanjang
atau tepi jalan raya menghala ke loji. Lurang pembetungan awam
mempunyai penutup logam bulat dan logo “JPP” (Jabatan Perkhidmatan
Pembetungan), “Indah Water” atau Pihak Berkuasa Tempatan.
Penutup lurang pembetungan sering hilang dicuri oleh individu-individu
yang tidak bertanggungjawab. Penutup-penutup lurang pembetungan
yang baru dipasang dengan engsel dan kunci untuk mencegah kecurian.
IWK
akan menggantikan penutup lurang pembetungan yang hilang dalam
tempoh 12 jam daripada masa maklumbalas diterima. |
| |
|
| |
| Saliran Paip Pembetungan Dalam Premis Tersumbat |
|
Pada lazimnya, tandas akan melimpah sekiranya saliran paip pembetungan
dalam premis atau di antara premis dan lurang pembetungan awam
yang terdekat dengan premis tersumbat. Pada kebiasaannya, limpahan
ini adalah disebabkan oleh pepejal menghalang pengaliran air kumbahan
di dalam paip. Pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui “ruang
pemeriksaan” atau saliran paip dalaman premis. Ruang pemeriksaan
boleh dikenalpasti melalui satu penutup bersegi empat tepat yang
biasanya terletak di luar premis sama ada di bahagian hadapan,
belakang atau tepi premis.
Perkhidmatan mengeluarkan sekatan akan dijalankan
dalam tempoh 48 jam daripada masa permintaan diterima. (Walau bagaimanapun,
perkhidmatan
hanya akan dijalankan selepas menerima pembayaran)
|
| |
|
| |
| Saliran Paip Pembetungan Awam Tersumbat |
IWK adalah bertanggungjawab untuk menyelenggarakan
rangkaian saliran paip pembetungan awam bagi kawasan yang mempunyai
sistem pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan awam. Masalah
yang sering dialami adalah saliran paip pembetungan tersumbat dengan
pepejal / sampah sarap, batu-bata, pasir, minyak/gris beku dan kadang
kala saliran paip yang pecah. IWK akan mengatasi masalah ini dalam
tempoh 24 jam bergantung kepada jenis pepejal yang menghalang pengaliran
air kumbahan di dalam paip menggunakan pancutan air tekanan tinggi,
penyedut berkuasa tinggi dan/atau penjolok mekanikal. Jika ada paip
yang pecah, IWK akan menggantikannya dan memastikan gangguan minimum
ke atas keselesaan pelanggan. |
| |
|
| |
| |