Contractor Registration
   
   
Introduction
Registration Requirement
Terms & Conditions
Registration Form
Password Maintenance
Purchase Order
   
 
Click here for other language :
Pendaftaran Kontraktor> Pengenalan

Pendaftaran ini adalah untuk menubuhkan satu Register Kontraktor-Kontraktor dan Pembekal-Pembekal untuk sebut-harga dan pembelian barang-barang dan perkhidmatan bagi kerja-kerja Indah Water Konsortium (IWK). Hanya Kontraktor/Pembekal yang berdaftar sahaja akan disenaraikan di dalam senarai jemputan sebut-harga bagi sebarang projek IWK.


Borang Pendaftaran adalah diberi dengan percuma dan boleh diperolehi daripada semua pejabat IWK. Tiada yuran pendaftaran dikenakan untuk pendaftaran biasa.

 
A. Kontraktor-kontraktor

Kontraktor-Kontraktor boleh mendaftar di bawah satu atau lebih Kategori Pendaftaran mengikut jenis kerja dan kategori kontrak kerja.

Bagi semua kontrak kerja melibatkan Kerja-Kerja Pembinaan atau Membaikpulih, pendaftaran dengan PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) adalah wajib.

Kategori-Kategori Pendaftaran adalah seperti berikut:

 
Kategori Butir-butir
1. Kerja-Kerja Pembinaan Utama

Loji Rawatan Kumbahan, Rangkaian Paip Pembetung, Stesen-Stesen pam, Perkhidmatan-Perkhidmatan Khusus.

Loji Rawatan Kumbahan: Pembinaan loji-Loji rawatan kumbahan baru, menaiktaraf loji-loji rawatan kumbahan yang sedia ada, pembinaan kemudahan rawatan enapcemar berpusat, paip pembetungan besar dan stesen-stesen pam utama

Stesen-Stesen pam dan rangkaian paip pembetung:Pembinaan saliran paip pembetung, bahagian-bahagian sisi, pam-pam perantaraan, penempatan semula dan pengalihan paip pembetungan sedia ada.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Khusus: Pengorekan terowong mikro, Menaikkan Paip Pembetung Secara Jek

 
2. Kerja-Kerja Sivil Kecil

Membaikpulih, Pemasangan Paip Pembetung Persendirian, Pembinaan Lagun Enapcemar, Penyelenggaraan Rangkaian, Pemasangan Pagar.

Membaikpulih: Memasang pagar, tembuk batu dan pintu pagar, lurang pembetungan, penutup lurang pemeriksaan, besi bersilang dan melintang, tangga jenis logam dan tangga, tapak dan pemegang besi, pintu dan tingkap, jalan keluar/masuk dan lalu-lintas kenderaan, parit, pemotongan pokok dan pembuangan sampah dan batu pembinaan, pemotongan rumput, penyembuhan racun rampai dan mengecat.

Pemasangan Paip Pembetung Persendirian: Pemasangan paip pembetungan daripada tangki septik individu premis ke paip pembetung awam

Lagun Enapcemar: Pembinaan tapak penerangan enapcemar dan Lagun enapcemar untuk pembuangan enapcemar

Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetung: Membaiki rangkaian paip pembetung yang musnah

Pagar: Pemasangan pagar baru untuk tapak yang akan digunakan untuk tujuan pembetungan

 
3. Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal

Membaikpulih: Pembekalan tenaga, panel, lampu, talian kabel dan pemasangan perlindungan petir, pintu air, penapisan dan pembuangan batu dan pasir, pencatat pengaliran, pembersih dan pengikis, pemasangan paip dan injap, pam dan peralatan pengawalan, peralatan proses, media.

M & E Operasi: membaiki pam dan peralatan kecil, panel pengawalan eletrikal.

 
4. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Operasi
Pemotongan rumput, Pengosongan(Penyedutan Tangki Septik, Perkhidmatan Pembersihan, Perkhidmatan Keselamatan, Perkhidmatan Pemeriksaan Eletrikal, Pembersihan Takungan Terapung, Penyelenggaraan rangkaian paip pembetung
 
5. Penyelenggaraan Loji Rawatan Kumbahan
Penyelenggaraan dan operasi loji-loji rawatan kumbahan seperti yang dinyatakan di dalam Lingkungan Tugas.
 
 
B. Pembekal-pembekal
Kategori Butir-butir
Pembekalan Am
 
Peralatan Utama
Pam/ Pengudaraan/ Alat Meniup
Peralatan Kecil
Penyelenggaraan operasi peralatan kecil/ kelengkapan/ injap
Peralatan Keselamatan
Tiang tiga kaki / pengesan gas
Barangan Paip-Paip / Pagar / Cat
Pembekalan Elektrik
Komponen/Panel Pengawasan
Perkakas Logam
Alat-Alat Pertukangan / Alat-Alat Berkuasa / Bolt & Nat
Makmal
Kimia/Peralatan/Analisis
Peralatan Lain-Lain
 
Peralatan Pejabat
 
Pencetakan
 
Barangan IT / Komputer
Memasang Talian Elektrik / Perkakasan Komputer / Rangkaian / Perisian / Membaiki, Menyelenggara & Menyokong
Kimia Enzim/Bahan Tambahan/Klorin
Kenderaan  
Perabut / Penyelenggaraan Pejabat
 
Pengubahsuaian  
Pemindahan  
 
Keperluan pendaftaran Kementerian Kewangan akan dikuatkuasakan. Pada masa sekarang, keperluan ini dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat.