
Tarif caj yang dikenakan
adalah ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan kepada prinsip kemampuan
dan kesaksamaan bagi memastikan hasil kutipan daripada pelbagai
kategori pelanggan cukup untuk membiayai perbelanjaan pembangunan
dan pengurusan sistem pembetungan yang moden dan efisien di Malaysia.
Ini amatlah kritikal demi memelihara sumber-sumber
air kita serta memastikan alam sekitar yang lebih bersih dan
selamat untuk rakyat Malaysia. Kerja-kerja membaiki dan menaik
taraf semua loji rawatan kumbahan di seluruh negara memerlukan
kewangan yang banyak dan sebahagian besar diperolehi daripada
caj-caj tarif. Oleh itu, sekiranya para pelanggan gagal untuk
membayar bil mereka, ia akan menjejaskan program membaik pulih
dan menaik taraf kami.