 |
Click here for other language: |
|
| R&D > Penyelidikan
Usaha Sama Bersama Dengan Universiti Putra Malaysia |
| |
| Pencapaian
Rawatan Dan Enapcemar Bagi Loji-Loji Rawatan Kumbahan |
| |
| 1.
Enapcemar sebagai Baja untuk Pelbagai Tanaman |
 Untuk menilai potensi penggunakan enapcemar
terawat sebagai baja dan/atau pindaan tanah. Kajian-kajian ini membolehkan
IWK untuk membangunkan kaedah yang murah untuk menukarkan enapcemar
kepada baja-baja stabil organik tumbuh-tumbuhan hiasan komersial
atau penggunaan tanah yang lain. |
| |
| 2. Enapcemar sebagai Pindaan Tanah |
 |
Untuk menilai potensi penggunaan enapcemar terawat
sebagai pindaan tanah. Produk ini berguna untuk pemulihan tanah berpasir
dan bergred rendah untuk pembangunan pertanian dan perhutanan serta
kejuruteraan bio-bumi untuk kawalan hakisan dan penstabilan cerun.
Namun begitu, perbangunan enapcemar kumbahan sebagai pindaan tanah
memerlukan pengetahuan mencukupi mengenai ciri-ciri jenis enapcemar
yang dihasilkan untuk membuat penilaian berhemah mengenai kesan penggunaannya
untuk jangka masa panjang. |
| |
| 3. Kompos Enapcemar Kumbahan & Bahan Buangan
Pepejal Perbandaran |
 |
Untuk membangunkan teknologi bagi menghasilkan kompos
daripada enapcemar kumbahan dan bahan buangan pepejal perbandaran
dalam jangka masa yang pendek di bawah syarat-syarat terkawal untuk
digunakan sebagai perapi tanah/baja. Hasil daripada kajian ini akan
meningkatkan pembangunan teknologi yang berdaya maju untuk implementasi
komersial bagi loji kompos dalam menukarkan enapcemar dan bahan buangan
perbandaran kepada kompos berkualiti tinggi. |
| |
 |
| 4. Keberkesanan Lagun-lagun Enapcemar di Malaysia |
Untuk mengenalpasti dan menyatakan kuantiti parameter
yang menjejaskan keberkesanan penggunaan lagun-lagun enapcemar untuk
penstabilan enapcemar tangki septik dan penyahairan berdasarkan keadaan
cuaca tempatan. Pembangunan rawatan enapcemar yang berkesan akan
membantu IWK untuk menyelesaikan masalah dengan penghapusan enapcemar
tangki septik. Hasilnya akan membolehkan penyediakan garis panduan
teknikal, operasi dan penyelenggaraan untuk rekabentuk-rekabentuk
lagun akan datang. |
| |
| 5. Penggunaan Enapcemar Kumbahan dalam Pemulihan
Hutan dan Pertumbuhan Semula |
Untuk menjelaskan kecekapan penggunaan enapcemar kumbahan
di dalam pemulihan hutan ternyahgred dan tanah bekas lombong.Kajian
ini menumpukan kepad kesan-kesan penggunaan enapcemar kumbahan kepada
keserasian air tanah dan kualiti air, bersama dengan pemantauan tindak
balas pertumbuhan spesis-spesis ladang hutan disebabkan oleh penggunaan
enapcemar kumbahan. Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan
strategi yang mesra persekitaran dalam penggunaan pepejal-pepejal
kumbahan ke dalam kawasan hutan dan tanah bekas lombong, dan pada
masa yang sama untuk menunjukkan bahawa IWK juga memainkan peranan
dalam memelihara persekitaran untuk generasi akan datang. |
| |
 |
| |
| 6. Penyahairan Enapcemar Buangan Dengan Teknik
Bersepadu Dua Peringkat |
 |
Projek ini merupakan pembangunan
teknologi yang berkesan untuk penghasilkan kompos daripada enapcemar
buangan. Ia akan mengkaji
kebolehlaksaan penukaran bio enapcemar kumbahan untuk kompos dengan
teknik mengusahakan keadaan pepejal, diikuti dengan mengoptimumkan
parameter-parameter operasi, aturan reaktor, kajian kinetik, kajian
kepekaan dan analisis kos. Kejayaan kajian ini akan membangunkan
teknologi yang berdaya maju untuk implementasi komersial. |
| |
| 7. Pemekatan dan Penyahairan Enapcemar Menggunakan
Polimer Tempatan Semulajadi |
 Projek ini adalah untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang memberi kesan kepada penggunaan polimer tempatan
semula jadi untuk pemekatan dan penyahairan enapcemar buangan. Kajian
ini akan meliputi tinjauan sumber untuk bekalan polimer tempatan
semulajadi, ujian balang pemberbukuan untuk enapcemar kumbahan, diikuti
dengan rekabentuk, pasang siap dan melakukan kajian bench scale
pilot.
Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk teknik penyesuaian
dan penyahairan bagi enapcemar kumbahan. Penggunaan polimer tempatan
semulajadi akan membolehkan anggaran kos operasi di dalam rawatan
enapcemar. |
| |
| 8. Pengeringan Enapcemar untuk Penggunaan Bahan
Pembinaan |
 |
Matlamat kajian ini ialah untuk
menggambarkan ciri-ciri enapcemar demi untuk menentukan kebolehlaksaan
dan kesesuaian kejuruteraan
sebagai pindaan tanah liat dalam penghasilan komponen-komponen
pembinaan. Penentuan formulasi campuran enapcemar-tanah liat yang
terbaik, akan
memberi kesan kepada kepentingan struktur hartanah dan menyiasat
mekanisme penstabilan logam berat. Kesan profil suhu semasa proses
pembakaran akan dikaji untuk penentuan dan membandingkan pengurangan
dalam keperluan tenaga bagi nisbah enapcemar-tanah liat ini. Ujian
penghasilan lengkap akan dijalankan untuk menunjukkan skala makmal
dari segi penggunaan, kesesuaian dan kebolehlaksaan ekonomi. |
| |
| |
| |
Projek-projek
Penyelidikan Usaha Sama Baru Bersama dengan Universiti Putra Malaysia |
| |
1. Kajian Pencapaian Proses-proses Biologi Yang
Dinaik taraf Di Bawah Rancangan Rawatan Utama IWK (MTP) |
| |
 |
Untuk mengkaji pencapaian proses-proses biologi yang
dinaik taraf di bawah MTP dalam rawatan efluen kumbahan dan membandingkannya
dengan parameter-parameter rekabentuk. |
| |
2. Kerja-kerja Penyelidikan & Pembangunan
Dalam Menaik Taraf Tangki Imhoff Dengan Menggunakan "Cosmoballs" |
 |
Projek ini akan mengkaji pencapaian proses-proses
biologi yang dinaik taraf dengan menggunakan media penuras plastik
dalam merawat efluen kumbahan dan membandingkannya dengan maklumat
rekabentuk. Kajian ini akan menilai dalam mengotimumkan pencapaian
proses-proses biologi yang dinaik taraf dan hasilnya akan digunakan
untuk menyediakan garis panduan untuk proses biologi yang dinaik
taraf. |
| |
| 3. Penggunaan Enapcemar Kumbahan di Ladang Getah |
 |
Satu projek untuk mengkaji kecekapan
penggunaan enapcemar kumbahan dalam ladang getah, kesannya kepada
keserasian air tanah & kualiti
air, tindak balas pertumbuhan bagi pokok-pokok getah, kebolehan
pokok getah dalam mengumpulkan elemen-elemen toksik dan logam berat,
kesan
logam berat kepada kuantiti & kualiti lateks, dan untuk mengkaji
ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi tanah berdasarkan kepada penggunaan
baja bio organik. |
| |
Penyahairan Biologi Enapcemar
Kumbahan Dengan Proses ‘Liquid State Bio-Conversion’ (LSB) |
 Penyelidikan untuk mengkaji aklimatisasi
dan penstabilan kulat filamen terpilih di enapcemar DWWTP di bawah
keadaan tanpa pembasmian kuman yang mengandungi dan tanpa se-substratum,
pertumbuhan mikroorganisma-mikroorganisma terpilih dari segi penukaran
bio enapcemar DWWTP, ciri-ciri pemendapan & penyahairan bagi
enapcemar DWWTP terawat, membangunkan strategi operasi proses dan
ujian di DWWTP sebenar. |
| |